25 March 2013

Happy Belated Birthday Shela!!

Hari khamis yang lepas, shela dak opis aku ajak kitorang budak-budak H2M buat potluck hari jumaat...aku on jek...sebab memang tiap-tiap hari pun masak so boleh la masak untuk hari jumaat tu sekali :)

Ok lepas tu shela suruh pulak liya yang masak nasi tapi liya tak nak...dia cakap tengah banyak keje...takut esok amik masa lama pulak nak lepak...bila liya cakap taknak tu mula la muncung si shela...habis sepanjang jalan nak g solat dia membebel...hahah kelakar aku dengar dia bebel..

Lepas solat tengah dok khusyu' buat keje dapat whatsapp personal dari liya...dia cakap sebenarnya jumaat tu nak celebrate besday shela...so liya suruh cari alasan untuk takyah buat potluck jumaat tu...yang hawa ngan dayah pun memula ok nak buat potluck cari alasan gak taknak buat potluck...hawa bagi alasan suami dia ajak keluar takut tak sempat nak masak...si dayah pulak cakap tak jadi nak buat...jadi tetiba shela cakap cancel jek sebab takkan kitorang berdua je kan nak buat potluck tu...so cancel...fuhhhh lega la sikit sebab shela yang cancel sendiri so takyah la nak bagi alasan...heheh selamat

Bila jumaat tu nak keluar makan memasing tak tau nak makan kat mana...hehhe jadi liya tanya lah shela nak makan ape...tuan punya diri pun tak tau nak makan mana...last-last aku yang decide makan kat Secret Recipe sebab senang ada kek sekali...bila sampai sana aku, dayah ngan besday girl duduk yang lain liya,hawa and k.epah g tengok-tengok kek...bila diorang yang g tengok kek tu duduk, tak lama lepas tu budak secret recipe datang bawak kek kegemaran besday girl durian cheese siap dengan lilin jadi kitorang pun nyanyi la lagu happy besday untuk shela...tak tau la ape perasaan shela masa tu...tapi nampak happy je...heheh "HAPPY BELATED BESDAY SHELA"

Ni dia birthday girl!!!

Geng H2M
Makan tak pandang kiri kanan...kehkehkeh

 K daaaaaaaaaaaa :)





2 comments:

  1. hampeh uyah ni.. gelakkan org membebel :P

    ReplyDelete
  2. kikiki...yola membebel sepanjang jln :p

    ReplyDelete