17 October 2016

Aktiviti Hujung Minggu

Assalamualaikum...

Sabtu yang lepas family abang aku datang rumah. Memula cadang nak amik ubat yang adik aku kirim. Tapi ubat tu tak ada dekat aku. Jadinya mereka datang saja-saja je lah. Dulu memang selalu datang, sekarang je dah jarang datang. Heee

Aliff and qausar bila aku bagitau fa nuar and ummi nak datang terus suka. Yelah bila ada fa nuar, ummi mesti ada abang irfan, kakak izzati, insyirah, ilman and irdina. Kawan diorang kan mesti lah diorang suka. Lepas mandi petang tu asyik tanya je bila diorang nak sampai. Dah maghrib tu aku suruh je diorang ikut apak dia pergi surau. Senang balik kang confirm fa nuar semua dah sampai. Heee

Makan malam. Masak biasa-biasa je. Budak-budak main je lah kerja diorang. Hehehe. Takpe yang penting tak ada gaduh-gaduh. Malam tu abang aku tak ada plan pun nak tidur rumah aku. Tengok-tengok lepas makan terus tertidur. Hahahah. Penat kot dari pagi keluar. Jadinya tidur lah diorang malam tu dekat rumah aku. 

Pagi bangun aku terus siap-siapkan sarapan. Nasi makan malam punya ada lagi. Jadi aku decide buat nasi goreng je pastu aku suruh en.suami belikan roti canai sikit untuk budak-budak. Sambil-sambil makan discuss nak pergi mana ahad tu. Macam biasa lah cari tempat yang anak-anak boleh buat aktiviti bukan jalan-jalan je kat shopping mall. Hehehe. Abang irfan ajak pergi Taman Cabaran Putrajaya boleh panjat wall climbing :)

So lepas makan, mandikan anak-anak and siap-siap. Siap-siap pun nak dekat pukul 12.00 gak lah siapnya. Hahahah. So bila dah siap tu alang-alang dah waktu lunch, kitorang singgah lunch dulu dekat kedai makan area Sungai Ramal. Heheh.


Masa ni dalam kereta. Abang irfan and ilman naik kereta dengan kitorang. Pandaikan hadi tengok kamera. hahaha


Ni kat kereta abang aku. Aliff naik sana sebab dengan kakak izzati. Aliff sorang je lelaki. Hahaha. Masa ni memasing amik gambar bagi kat whatsapp group family. Heee :)

Ok plan sebenar nak pergi Taman Cabaran panjat wall climbing kan? Tapi malangnya sampai sana tak boleh nak panjat sebab ada tournament. Wall climbing untuk budak-budak pun diorang tutup. Maka kecewa la kami semua. Hurmmmm. Baru nak lawan panjat siapa sampai atas dulu dengan en.suami. Hahahaha.

Jadi cari lagi idea nak pergi mana yang membolehkan budak-budak ni buat aktiviti. Aku tak familiar sangat dengan tempat ni. So SIL aku ajak pergi satu tempat ni. Aku pun tak tau apa nama dia. Tapi tempat bole main basikal, skate, roller blade. Tapi anak-anak aku tak ada semua tu. Abang aku je ada bawak untuk anak-anak dia. Jadi aliff dan qausar pinjam je yang lain-lain punya :)



Insyirah comel :)


Hahahah. En.suami baru nak belajar guna benda alah tu. Tak pernah ada jadi tak tau nak main :P


Kakak ipar aku jaga anak-anak kecik :)


Kakak izzati tolong aliff berdiri :)



Anak-anak aku pun tak pandai main jadi main pegang tiang je la. Hehehe




Hadi exercise juga :)


Sementara anak-anak main, emak-emak apa lagi selfie la :p


 Abang irfan and hadi :)



Suka hadi dapat lepas. Siap kejar apak dia tengah layan abang-abang dia :)



Hadi dan fa nuar :)


Ibu and apak pun sempat selfie :p


Lepas dah penat main semua. Kitorang pergi pulak tempat yang ada aircond biar hilang peluh tu. Hehehe. Apa lagi shopping mall la kan. Yang dekat Alamanda and I0I shopping mall. Tanya budak-budak ni, diorang nak pergi I0I mall so kitorang pun pergi lah ke sana.

Tak ada nak beli apa pun. Just jalan-jalan je. So kitorang pusing-pusing cuci mata. Lepas dah puas cuci mata pergi surau solat asar. Bila semua orang dah solat, kitorang masuk Daiso plak. Pun cuci mata ja. Hahahah :p



Dengan abang irfan, dah nak sama tinggi dah. Hahah 


Cuci mata lah sangat kan kalo kat Daiso tu. Sempat lah sambar dua tiga barang. Qausar macam biasa lah nampak playdoh mesti nak beli. So layan kan aje :)

Dah lepas pergi Daiso kitorang pun balik cari makan malam pulak. Makan malam dekat Restoran Nasi Arab dekat jalan reko. Sedap nasi arab kat situ. Dah dua kali aku pergi situ. Sebelum ni pergi ramai-ramai dengan atuk and pakcik makcik. Atuk aku yang dari Johor pun suka kau makan kat restoran nasi arab tu. Nama dia memang Restoran Nasi Arab je. Heheheh

Ok la dah siap makan kitorang pun balik ke rumah masing-masing. Huh penat memang penat tapi seronok and yang penting budak-budak HAPPY! yeayyyy :)

Lagi best kalau adik n adik ipar aku yang kat melaka tu ada. Tapi dah jauh nak buat macam mana kan. Lagi-lagi adik aku tuh tengah sambung belajar bila weekend. Jadi memang makin susah lah nak jumpa. Hurmmm.

Ok daaaaaaaaa :)

14 October 2016

Lepaking di hari Jumaat

Assalamualaikum...

Hari jumaat, rehat lama. 
Cari tempat lepak. 
Makan-makan, gosip-gosip.
Dari 8 orang sekarang tinggal 4 orang.


Dulu 8 orang
Belakang dari kiri: Anem, Shela, Liya, Day, K.Epah
Depan dari kiri: Rara, aku, Hawa. Eh eh eh terselit dak Adam kat situ :)



Sekarang 4 orang ni jela yang tinggal. Ok sebenarnya 5 orang tapi buat masa sekarang kak.epah tengah cuti bersalin. Hehehe

Kami semua dulu satu ofis. Tapi sekarang 5 orang je yang tinggal. Lagi 3 orang dah berenti. Anem, Shela and Rara. Ada yang dapat kerja lain. Ada yang jadi suri rumah tangga yang berjaya.

Walaupun macam tu, ada je kadang-kadang Anem and Rara datang join waktu lunch hari jumaat. Sebab diorang dekat je. Namun tetap tak pernah cukup korum lah sebab Shela jauh nun di Langkawi. Heheheh. Kami RINDU shela!!!

Jom layan gambar waktu hari jumaat kitorang. Hahaha










Ok ni jela nak cerita geng/kawan/bff/tempat manja-manja/tempat luah perasaan aku time hari jumaat dah hari-hari yang lain. Hahahah. H2M i luv u

Untuk blogger Shela Abd. Rohman nanti kita jumpa ye. Muahhh

Ok daaaa :)

6 October 2016

Ahmad Al- Hadi

Assalamualaikum...

Macam tak banyak cerita pasal anak aku yang ketiga kan. Almaklumlah dah berabad tak update blog. Hehehe.

Now Ahmad Al-Hadi dah nak masuk 9 bulan. Dah besar dah dia. Sekejap je rasa dah nak masuk 9 bulan. Alhamdulillah Hadi memang seorang budak yang tak banyak ragam. Senang je jaga dia. Orang sekeliling yang dah kenal Hadi pun cakap benda yang sama sampai ada hari tu aku upload gambar Hadi cakap dia dah pandai mengamuk pun orang tak percaya. Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Hehehe

Perkembangan Ahmad Al-Hadi:

4 Bulan - Meniarap
5 Bulan - Mengesot
6 Bulan - Merangkak
7 Bulan - Duduk sendiri
8 Bulan - Berdiri dan makan sendiri (biskut baby) 

Ok kat bawah aku tepek gambar Hadi dari baby sampai sekarang :)




























Banyakkan gambar Hadi. Hahahaha. Kat ig pun banyak gambar Hadi jugak, sampai adik aku cakap "haah anak ko memang Hadi sorang je" heheheh :p

Ok la nak balik dah sambung lain entry.

Dahhh. Muahhh