Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

26 March 2013

Resepi : Berongko

Ayoooo berongko, brongko, berongkoh ntah tak tau mana satu betul ejaannya...kikiki...mesti korang-korang semua tak pernah dengarkan nama tu...ok berongko ni adalah kuih traditional orang bugis...bahan utama dia ialah pisang nipah...pisang nipah je eh boleh pakai kalau pakai pisang lain mak aku cakap tak sedap...heheh...kuih ni kalau mak aku or yang memang bugis buat memang manis...sebab memang orang bugis ni hantu manis tapi untuk kuih jela...tapi aku tak berapa sangat so aku buat berongko haritu memang saja buat tak manis...letak gula sikit jek...berongko ni pun kalau kat sini memang takde jual sebab korang pun mesti tak pernah nampak kan...tapi tapi tapi kat sabah ada ye uolllsss...and of course la kat indon tapi tu pun mungkin kat makasar jek...sebab kat makasar banyak orang bugis and sedare mare aku pun masih banyak kat sana...kalau tak, tak kan sampai tiap-tiap tahun mak and baba aku g sana kan (sejak dua menjak ni la)...aku tau kat sabah ada pun sebab haritu aku try lah google berongko ingatkan takde rupa-rupanya ade uollss...kikiki...kat sabahkan banyak gak orang bugis...heheh...and kat sana diorang siap jual kat pasar malam lagi and siap bungkus pakai daun pisang...tapi family aku memang pakai bekas or acuan jek tak payah nak bungkus-bungkus bagai...heheh...eh ok ok panjang plak aku membebel...heheh...ni resepinya ye kawan-kawan :)

Berongko
Bahan-bahan:
1 sisir pisang nipah yang dah masak
1 biji telur
1 kotak santan (kotak kecil)
Gula secukup rasa
Pewarna kuning
Sedikit minyak masak

Cara-cara:
1. Buangkan kulit dan hati pisang (biji-biji hitam dalam pisang).
2. Kemudian masukkan pisang, telur dan santan dalam pengisar dan kemudian kisar bahan-bahan tersebut.
3. Bila dah kisar letakkan adunan dalam mangkuk kemudian masukkan gula (ikut kita nak manis atau tak). Kemudian masukkan beberapa titik pewarna kuning dan kacau sampai adunan menjadi warna kuning.
4.  Setelah itu, masukkan pula adunan tadi di dalam acuan yang dah disapukan dengan sedikit minyak masak.
5. Bila dah masukkan dalam acuan, bolehlah dikukus sehingga masak (anggaran kukus dalam ½ jam).
6. Bila dah masak bolehlah dihidang dan dimakan!

Inilah dia Berongko!!! heheh

Cantik tak pengukus aku...kikiki kretipkan :)

Adunan yang dimasukkan dalam acuan

Bila dah masak :)

Sebelum dikeluarkan dari acuan :)




Selamat Mencuba!!!


6 March 2013

Resepi : Sandwich Ala UyahNazura

Jom jom kita main masak-masak...masak-masak la sangat kan...ermmmm dah lama tak merasa nikmat masak-masak ni...heheh...weekend yang lepas aku sekeluarga tak g mana-mana pun just duk rumah lepak-lepak...kebetulan hari jumaat my kak ipar  mintak tolong masakkan udang galah yang dia dapat dari orang bagi...hahah ayat ntah apa-apa...baikkan aku tolong masakkan kakak ipar aku...buat pengetahuan semua kakak ipar aku tu pregnant...jadi untuk beberapa bulan ni dia tak boleh bau minyak masak dan gorengan...masuk dapur pun tak boleh ye...hehehe...jadi adik ipar dia ni and biras dia dak adda lah yang kene masakkan...takpe yang penting dapat tumpang sekaki makan udang galah tu...wowwww sedap wooo...eh eh eh aku nak cite pasal apa ni...adoyaiii lari dari tajuk ni...ok ok berbalik dengan tajuk di atas...hari ahad yang lepas aku buat breakfast sendiri no beli beli ok...hahahah

Ala buat sandwich je punnnnn....tu pun nak kecohhh...kahkahkah...eh bukan senang eh aku nak buat breakfast ni pun terpaksa sebab dah jemu makan nasi lemak tiap-tiap hari...ok sandwich aku sonang je...main letak-letak je apa yang aku suka...kihkihkih...jom tengok ape yang aku taruk eh :)

Ini bahan-bahan sandwich tu ye...Planta, Mayonis, Salad, Tuna, Roti Gardenia, Keju, Beef Green Peppercorn, Sos cili (tiada dlm gambar)

Langkah 1: Letakkan salad di atas roti gardenia seperti dalam gambar






Langkah 2 : Kemudian letakkan tuna di atas salad tadi

Langkah 3 : Letakkan pula sos cili di atas tuna

Langkah 4 : Kemudian letakkan pula beef green peppercorn 

Langkah 5 : Sapukan mayonis di atas beef green peppercorn tadi

Langkah 6 : Selepas itu letakkan sekeping keju 

Langkah 7 : Letakkan lagi sos cili

Langkah 8 : Kemudian letakkan sekali lagi roti gardenia

Langkah 10 : Setelah siap belah dua roti tersebut dan boleh lah dimasukkan di dalam microwave untuk cairkan keju

Sandwich setelah dicairkan kejunya :)

Inilah breakfast kami :)

Aliff menikmati breakfast yang ibu buat...huhuh

:)
Ok sekian resepi untuk hari ini...oh lupa beef green peppercorn tu kene goreng dulu ye..aku goreng dengan planta...tak tau bagi korang camne kan tapi yang penting suami aku and Aliff suka dengan sandwich yang aku buat ni...kekeke :)

Daaa



14 June 2012

Resepi : Kek Tiramisu Moden

Malam tadi buat kek tiramisu tapi ni versi moden punya...hahah...haritu pergi rumah cousin, dia bagi rasa makan kek ni...sedap sampai semua orang pun berebut sebab masa tu kek tu tinggal sikit jek...so aku apa lagi mintak la resepi dia...lagipun tak lah susah sangat nak buat...aku ni kalau nak bakar-bakar malas tapi kalau simple-simple jek buatnya aku ok...jom tengok resepi kat bawah ni

Bahan-bahan : 

500g cream cheese
sekotak whipping cream (kotak kecil)
3/4 susu pekat (ikut suka)
2 paket biskut marie
sedikit milo / sebuk koko 

Cara : 
1. Pukul cream cheese sampai kembang
2. Kemudian masukkan whipping cream. pukul hingga sebati
3. Bila dah sebati masukkan pula susu pekat dan pukul hingga semua bahan sebati
4. Kemudian susun biskut marie dalam bekas dan lapiskan dengan adunan cream tadi. selang selikan biskut dan cream sehingga habis.
5. Last sekali taburkan milo / serbuk koko pada lapisan yang terakhir
6. Bila dah siap, sejukkan dalam peti ais. kemudian boleh lah dihidangkan :)

dah potong separuh baru nak amik gambar...huhu
Tadi bagi rasa kat budak-budak opis diorang cakap sedap...yeayyyy alhamdulillah jadi :)