Showing posts with label Anugerah terindah. Show all posts
Showing posts with label Anugerah terindah. Show all posts

6 October 2016

Ahmad Al- Hadi

Assalamualaikum...

Macam tak banyak cerita pasal anak aku yang ketiga kan. Almaklumlah dah berabad tak update blog. Hehehe.

Now Ahmad Al-Hadi dah nak masuk 9 bulan. Dah besar dah dia. Sekejap je rasa dah nak masuk 9 bulan. Alhamdulillah Hadi memang seorang budak yang tak banyak ragam. Senang je jaga dia. Orang sekeliling yang dah kenal Hadi pun cakap benda yang sama sampai ada hari tu aku upload gambar Hadi cakap dia dah pandai mengamuk pun orang tak percaya. Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Hehehe

Perkembangan Ahmad Al-Hadi:

4 Bulan - Meniarap
5 Bulan - Mengesot
6 Bulan - Merangkak
7 Bulan - Duduk sendiri
8 Bulan - Berdiri dan makan sendiri (biskut baby) 

Ok kat bawah aku tepek gambar Hadi dari baby sampai sekarang :)




























Banyakkan gambar Hadi. Hahahaha. Kat ig pun banyak gambar Hadi jugak, sampai adik aku cakap "haah anak ko memang Hadi sorang je" heheheh :p

Ok la nak balik dah sambung lain entry.

Dahhh. Muahhh

14 April 2016

Kelahiran yang ketiga

Assalamualaikum 2016!

Dah nak masuk setengah tahun baru nak update blog...maaf kerana lama sepi tanpa berita...ecehhh :p

Buat pengetahuan semua aku dah selamat bersalin 12hb Januari 2016 haritu...alhamdulillah bertambah lagi hero dalam keluarga aku...makin bertambah selamat aku rasa kerana dikelilingi hero-hero comel yang in sha Allah akan jaga aku bila diorang besar nanti....mudah-mudahan aminnn.

Kali ni aku bersalin dekat Hospital Bersalin Rendah Risiko, Putrajaya...aku bersalin kat sana sebab Hospital Serdang tengah renovate...jadi macam sesak sikit kat sana...labour room pun husband tak boleh masuk...jadi kitorang suami isteri decide aku bersalin kat Hospital Bersalin rendah Risiko, Putrajaya je...lagi pun dengar orang cerita kat sana ok dan selesa...dan alhamdulillah aku masa bersalin sebelum-sebelum ni takde apa-apa masalah jadi boleh la bersalin kat sana.

Masa pregnant aritu ada 2, 3 orang yang sama dan lebih kurang due date dengan aku...jadi bila sorang dah masuk hospital nak bersalin aku pun jadi cuak gak lah kan...heheh...ade yang awal 2,3 hari dari aku dan ade yang awal sehari dari aku masa bersalin tu...alhamdulillah semua selamat :)

Masa pagi 12hb tu aku bangun nak solat subuh, bangun pergi toilet nampak dah keluar tanda darah...jadi masa tu tenangkan hati and pergi kejut en.suami dan cakap dah keluar tanda...tapi macam biasalah suami aku tu jenis yang tenang...so kitorang tenang-tenang je siap-siapkan budak-budak pergi sekolah dan breakfast macam biasa...siap jumpa KU aku masa kat depan opis and cakap kat dia nak pergi hospital sebab dah keluar tanda nak bersalin...heheh

Sampai hospital dia suruh tukar kain semua sebab nak check jalan...masa nurse tu check dia cakap dah 3cm so aku kena duk kat wad dulu sementara tunggu sampai 4cm...duduk kat wad tak lama doktor check balik dah 4cm...so kena la hantar g labour room...masuk labour room dalam pukul 1 lebih lepas zuhur gitu...suami aku pun masuk sekali...siap solat kat tepi katil je :)

Masa kat labour room tu siap aku kene interview dengan doktor pelatih...hehehe...banyak kau soalan dia...macam-macam dia tanya tapi aku layan je la selagi tak sakit yang amat sangat...sakit sikit-sikit bole layan lagi...heheh...dekat labour room tu dia ada sediakan bola besar untuk kita golek-golek sementara tunggu bukaan bukak...aku duk terbaring je kat atas katil suami aku suruh aku golek-golek kat bola tu...hahaha layankan :)

Tak lama tu mula lah sakit-sakit yang amat sangat...panggil nurse, nurse check dah bukak 8cm, lepas tu dia tolong terus bukak sampai 10cm...fuhhhhhh...ya Allah masa tu macam-macam perasaan ada...Allah je la yang tau...masa tengah-tengah meneran nak bersalin nurse tu offer air...memula aku cakap tak nak...lepas tu rasa tekak kering plak...mintak lah nurse tu air...heheh...dia bagi minum dua kali...memula minum air zam-zam kali kedua baru dia bagi air suam...Alhamdulillah pukul 3.58pm aku selamat melahirkan anak lelaki.

Lepas baby dah keluar dia lap-lap bagi suami aku azankan and lepas tu dia letak kat dada aku 1jam...lepas tengok muka baby rasa terharu,sebak, gembira semua ada...Alhamdulillah ya Allah syukur di atas kelahiran ketiga ini...semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh...aminnnnn :)

Nama baby??? hari yang ketujuh baru kitorang suami isteri sepakat nak namakan dia Ahmad Al Hadi b. Hazrul Affandy...ambik nama Al Hadi dari salah satu 99 Asmaul Husna yang bermaksud Yang Maha Pemberi Petunjuk.

Assalamualaikum nama saya Ahmad Al Hadi b. Hazrul Affandy :)

Semoga Hadi terus memberi keceriaan dan kebahagiaan dalam keluarga kami...aminnn :)

Daaaaaaaaaaaa





15 November 2013

Sambutan hari jadi Aliff dan Qausar yang simple

Assalamualaikum...

Salam jumaat uolls...dah lama rasanya tak bercerita pasal Aliff dan Qausar kan...4/11/2013 hari tu genap umur Aliff 3 tahun...Qausar masa tu pun dah 1 tahun 2 bulan...masa birthday Qausar hari tu tak dapat nak sambut sebab tengah sibuk ada majlis kawin adik ipar...jadi aku and suami just wish je kat Qausar...huhhuh

So masa birthday Aliff tu kebetulan kitorang cuti (memang plan nak sambut birthday Aliff dan Qausar malam)...tapi bukan amik cuti semata-mata birthday Aliff tau sebab memula pengasuh ingat ahad tu Deepavali so isnin cuti...kitorang dah cakap dah yang Deepavali sabtu tapi dia cakap sebab cawangan dia kat Kedah cuti so diorang pun kene cuti...jadi terpaksa lah aku and suami amik cuti...tup tup hari jumaat tu dia cakap isnin tu tak jadi cuti sebab ramai ibubapa yang kerja...huhuhuh sabar je la kan...memula aku berbelah bagi gak nak cuti ke tak sebab cuti bukan banyak sangat pun...pastu aku amik keputusan cuti je lah sebab ada customer order shaklee...nak call shaklee tu agak adventure gak jadi aku ajak suami g hq shaklee kat subang hari isnin tu...pastu malam tu plan ngan adik-beradik aku buat bbq kat rumah sebab mak aku bagi banyak daging masa raya haji hari tu so sambut lah birthday Aliff dan Qausar sekali...tapi ringkas je lah :)

Aliff excited dapat potong kek...sebelum ni masa dia setahun pun ada buat jugak tapi masa tu dia tak faham apa pun kan...so bila dah 3 tahun ni dia dah faham sikit-sikit...suka bila kitorang nyanyikan lagu happy birthday untuk dia dah Qausar :)

Cousin-cousin dia pun tolong potongkan kek ekali...Qausar tu comel je...dia pun tak faham apa kan...layan je apa yang ibu and apak dia buat

Nampak lah muka happy mereka...walaupun tak besar-besaran...tapi ok lah kan
Yang lain-lain tu apak tolong potongkan...kalau bagi Aliff yang potong nanti lain jadinya...Abang Irfan, Kakak Aina and Insyirah sabar menanti....heheheh


Kek ni aku buat sendiri...memula tu memang tak confident lah nak buat...aku ni bukan pandai pun nak baking-baking ni...tapi suami aku yang suruh buat...dia memang suka bagi semangat...lagi satu dia suka kalau buat sesuatu majlis tu ada hasil dari air tangan aku...kalau semua nak beli and orang buat macam takde apa yang istimewa...heheheh :p

Ok boleh la...Alhamdulillah semua yang makan cakap ok...takut oiii kalau tak jadi...heheh...aku tak ada oven jadi buat benda yang boleh kukus or yang tak gunakan oven...hurmmmm macam nak masuk dalam wishlist je oven nih :)

Pantang Qausar nampak makanan...memang excited lah dia masa ni...semua jajan tu dia nak makan...tapi banyak bagi kek je la..

Adik-beradik je yang memeriahkan majlis...nasib baik lah rumah dekat-dekat je...buat pun ringkas-ringkas je...dah makan kek baru makan nasi...huhuhuh

Ni abang aku...dia seorang je lah abang aku...dulu masa kecik-kecik selalu gaduh ngan dia...sekarang ni kitorang dah rapat...nampak garang and susah senyum tapi hati baik...heheh :p

Tu je lah cite sambutan birthday Aliff dan Qausar...InshaAllah tahun depan ibu and apak cuba sambut dengan lebih baik lagi...


Untuk Aliff dan Qausar "Semoga membesar menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat, ibu dan apak sentiasa doakan yang terbaik untuk kamu berdua...Aminnn"


Daaaaaaaaaa :)

23 July 2013

Bila aku Outstation

Assalamualaikum uollsssssssss

Salam ramadhan...pejam celik dah masuk hari ke 14 hari ni kita berpuasa...
Alhamdulillah setakat ni masih penuh lagi puasa aku...
Minggu lepas seminggu aku outstation kat Perak untuk collect data OPS sempena nak raya ni...
Tu first time aku berjauhan dengan husband and anak-anak aku seminggu lamanya...termasuklah weekend aku kene kerja gak..
Memula hati sangat lah risau sebab nak tinggalkan husband aku jaga anak-anak aku sengsorang...asyik terpikir-pikir je sampai tido pun tak lena..cehhh hahah...yela tak tau dia boleh jaga dua-dua ke tak kan...
Berat hati weiii nak g outstation sebenarnya tapi aku tabahkan hati juga...dah namanya kerja kena lah profesional kan...cehhh profesional lah sangat...kekeke
Lokasi pertama kitorang bermalam kat Teluk Intan...lepas berbuka semua balik hotel rehatkan badan...tapi aku memang tak senang duduk lah kan...kebetulan masa tu hp pun dah mati...
Balik-balik hotel terus cas hp...bila hp dah bole on...aku terus call husband aku...masa tu diorang kat umah abang aku...memang kitorang sejak mula puasa akan berbuka bersama...kadang-kadang kat umah aku..kadang-kadang kat umah abang aku or adik aku...rumah dekatkan...berbuka beramai-ramai la baru meriah :)
Bila call tu memang meriah r...nak cakap ngan Aliff tapi Aina and Irfan yang banyak cakap...heheh biasa lah tu budak-budak kan...
Pastu suh husband aku panggil Qausar nak dengar suara dia...bila husband aku dah bagi kat Qausar aku pun panggil-panggil nama dia...pastu dia terus nangis...huaaaaaa bila dengar Qausar nangis aku mula lah airmata pun macam nak meleleh je...tapi tahan-tahan...nanti shela nampak...hahah
Pastu aku cepat-cepat cakap kat husband aku ok dah sebab dah tak tahan dengar suara nangis Qausar...bila dah habis cakap terus masuk bilik air kekonon nak mandi...bila masuk je bilik air...laju je airmata aku keluar...huhuhuhu...tetiba rindu sangat-sangat kat diorang masa tuh...haihhh
Tapi itu malam pertama jela...malam-malam seterusnya aku dah boleh kawal emosi aku...hehehe...rasa lebih tenang...cuma bila husband aku send gambar-gambar diorang memang rindu r tapi dalam masa yang sama happy tengok husband aku boleh handle diorang...so risau tu hilang sikit-sikit :)







Banyak je gambar yang husband aku send...tapi tetiba cable usb aku tak leh guna la plak...terpaksa lah amik gambar dari Instagram jek...huhu...
Bila tengok gambar-gambar nih aku senyum sorang-sorang...hahah...banyak benda yang diorang buat bertiga masa ketiadaan aku...
Tetiba rasa bila aku tak ada suatu hari nanti...aku yakin husband aku boleh jaga anak-anak aku dengan baik...In sha Allah...
TERIMA KASIH ABANG TOLONG JAGA AL-ALIFF DAN AL QAUSAR DENGAN BAIK SEKALI :)


Daaaaaaaa SELAMAT PERPUASA KORANG!!



4 June 2013

Perkembangan Al Qausar

Assalamualaikum.....

Harini ni ada masa sikit nak berbelog...so boleh la berceloteh kejap...heheh

6/6/2013 nanti genap Qausar 9 bulan...woww tinggal 3 bulan je lagi dah nak setahun?? cepatkan masa berlalu...rasa baru je lahirkan Qausar :)

Lama juga tak update pasal Qausar...macam-macam yang dia dah pandai...masa 7 bulan haritu dia dah boleh mengesot dengan lajunya...sama macam abang dia Aliff kalau mengesot laju giler...masa 8 bulan dia mula angkat buntut dan badan untuk merangkak tapi belum merangkak lagi la...sekarang pun dah pandai duduk sendiri dan dah mula nak bangun pulak...laju jugak la Qausar tau tu semua maybe sebab ada abang yang boleh dia jadi kan role model...hehehe...sekarang ni pun dah tak takut makan ubat...itu memang sangat ok la kan...sebab kalau tak memang susah lah nak bagi dia makan ubat...masa memula jek tak suka tapi sekarang dah ok :)

Tapi yang paling best sekali Qausar suka main air...kalalu nampak air bukan main lagi kan...meronta-ronta nak main air...ahahha...ada sekali tu g swimming kat Putrajaya...bukan main suka lagi dia...siap gelak-gelak lagi...terbalik plak dengan abang Aliff...tetiba plak takut dengan air...tak tau lah sebab sejuk ke apa...tapi memang Aliff tak turun sangat...main baling-baling goggle (betul ke aku eja ni??? ishhh lantak le) je...huhuh

Nak masuk 9 bulan ni aku harap banyak lagi yang Qausar akan pandai...heheh sekarang ni pun tengah belajar nak berdiri...ohhhhhhhh ye Qausar dah ada 2 batang gigi!!! hehhe...kitorang detect Qausar tumbuh gigi pun masa family day kat Melaka bulan 4 hari tu...tu pun makcik aku cuba-cuba check...sekali ada gitu...hahah aku pun tak perasan...ish ish ishhh sadis betul aku ni kan...heheh



Ni dia Qausar yang comel!!!!!!! heheh k daaaaaa

30 May 2013

Aliff 2 tahun 6 bulan

Fuhh fuhh fuhh berhabuk dah blog aku ni...lamanya tak menulis sesuatu...rinduuuuuuu tapi apakan daya masa tak mengizinkan...cewahhhh hahahha

Banyak benda nak cerita tapi satu-satu la ye...arini cerita pasal anak-anak dulu...dah lama rasanya tak bercerita pasal Aliff and Qausar...apa yang best eh...ermmmmmm pikir jap :)

Ok-ok Aliff dulu...harini Aliff dah 2 tahun 6 bulan 3 minggu 5 hari...semakin lama semakin membesar dan semakin lasak...kadang-kadang tak cukup tangan nak melayan dia...tapi alhamdulillah semakin sehat...kadang-kadang nak makan kadang-kadang tak nak makan tapi tu biasa lah kan untuk budak-budak yang nak membesar...tapi aku happy sangat sebab Aliff seorang budak yang suka makan sayur...kebanyakkan budak tak suka sayur kan tapi Aliff sangat suka ye...lagi-lagi kalau ada timun...memang dia habiskan semua timun aku n apak dia...lagi satu kalau nasi goreng ke atau apa-apa makanan yang ada sayur campur frozen tu...memang banyak dia makan...tapi rasanya semua sayur hijau dia makan...heheh suka suka...lain benor dengan aku kan yang memang tak suka makan sayur tapi alhamdulillah sejak dah ada anak ni boleh lah makan sikit-sikit sayur...ok la tu kan daripada dulu langsung aku tak boleh nak makan sayur...hahah ape da  ibu Aliff ni :p

Itu pasal makan...benda lain yang Aliff suka buat sekarang ni adalah menyanyi ok!!! hahah tu la penangan masa mengandungkan dia ibu and apak selalu g karok...heheh...nanti tengah-tengah dia main tetiba je nyanyi...pastu lagu apa tau yang dia suka nyanyi...lagu Burung Kakak Tua...hahah comel jek...memula tu dia ada lah nyanyi lagu Gangnam tapi nasib baik lah kejap je sebab masa g Perlis adik aku konvo mak aku a.k.a Fuang Aliff ajar Aliff nyanyi lagu Burung Kakak Tua tu...dahhh sampai sekarang dia asik nyanyi lagu tu je...sampai suami aku terpaksa bukak youtube sebab nak dengar and nyanyi lagu Burung Kakak Tua...heheh Aliff Aliff :)

Ok ni Lagu Burung Kakak Tua versi Aliff :)

Buyung kakak tuaaaa
Ngingap di jendela
Nenek suda tuaaa
Nginginya tinggal duaaa

Letchum letchum letcum ulalaaa

Buyung kakak tuaaaa

Hahahahah....comel kan :)

Lagi lagi lagi...semestinya Aliff seorang abang yang penyayang...hahahha...betul apa Aliff bukan la seorang yang suka buli adik dia ye...cuma kadang-kadang saje...buktinya kalo Qausar nangis dia tolong pujuk tau...kalo bangun dari tido orang pertama dia nak tengok adik dia Qausar...kalo Qausar belum bangun dia datang peluk-peluk n main telinga Qausar sampai Qausar bangun...hahahah...ok la tu kan..heheh...ok la masa pun menceburui aku...masih nak bercerita tapi ada kerja yang perlu diselesaikan dulu...bila free aku sambung lagi k...sebelum tu kat bawah ni gambar budak lasak yang comot...heheh :)

Ini dia si budak lasak itu :)
Daaaaa :)

7 March 2013

Qausar 6 Bulan

Semalam 6/3/2013 genap Qausar 6 bulan...yeayyy Qausar dah semakin besar dan dah boleh makan...tapi yang tak bestnya bila nak beralih bulan je Qausar tak sehat...kelmarin dia demam...kalau setakat demam je boleh layan lagi la...ni dengan pakej batuk and selsema...sian anak ibu ni...lemah je dia...itu satu, yang paling tak bestnye ada bunyi kat paru-paru dia so aritu gak aku g klinik untuk check Qausar...bila doktor check dia cakap kahak Qausar dah masuk dalam paru-paru...adehhh tak sukanye dengar...so aritu cakap kat doktor tak yah bagi ubat dah...aku laki bini suh je doktor tu bagi gas kat Qausar...dah lama dah kitorang decide nak suh doktor bagi gas sebab kata orang kalau bagi gas insyaAllah kahak tu hilang tapi bila g klinik or hospital jek doktor tak bagi...siap dah masuk kat hospital pontian pun doktor tu cakap sikit je so dia tak bagi gas...huhuh...la ni dah banyak kene lah gak bagi gas...bila dah bagi gas aritu setakat ni alhamdulillah kurang dah la bunyi kahak Qausar tu...Alhamdulillah

Semalam amik dia kat Taska teacher pun kata ok...tapi yang kelakarnya dia pandai tu tak nak makan ubat...bila tengah duduk-duduk tengok tv dia diam je pastu tetiba bila nampak aku or suami bawak ubat terus dia merengek nangis...huhuhu...pastu bila bagi makan ubat pandai plak dia alih-alih kan muka dia ke kiri ke kanan...alahaiiii Qausar qausar tak suka makan ubat macam ibu!!!! hahahha ;)

Ok selain pandai tak nak makan ubat, Qausar pun dah pandai pusing 360 darjah bila meniarap ,pandai dah angkat punggung macam nak ke depan...dah bole golek-golek meniarap-baring...dah pandai nak main ngan abg dia Aliff...ok malam tadi tengah diorang main berdua, qausar boleh tarik rambut Aliff...hahaha...ape lagi menjerit la si Aliff tu...kikiki comel jek diorang berdua...tak sabar nak tunggu diorang membesar lagi...masa tu mesti diorang bergusti plak...hehehe

Doktor bagi gas kt Qausar

Macam ni lah Qausar setiap kali makan ubat...hehehe

Alololo sian anak ibu
K daaaa


7 February 2013

Aliff dan Qausar Permata Hatiku

Aliff sayang Qausar

Tidur dalam kereta

Macam-macam

Kami pakai baju spiderman

Sebelum Aliff tidur sayang Qausar dulu 

Qausar nak susu jugak macam Aliff

Aliff pegang pipi Qausar

Aliff dan Qausar baru bangun tidur

Aliff manja-manja dengan Qausar

Aliff tunjuk apa tu sampai Qausar pun tengok sekali

Permata Hatiku

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku bersyukur padaMu kerana menghadiahkan aku hadiah yang paling bermakna ini...
Mereka ini adalah ANUGERAH YANG TERINDAH dalam hidupku...
Al-Aliff Dzulkarnain dan Muhammad Al Qausar semoga menjadi anak yang soleh...
Dan berjaya dunia akhirat...
Ibu SAYANG sangat kat kamu berdua...
Ibu tak boleh tanpa kamu berdua sayang...
:)