Showing posts with label Aidilfitri 2012. Show all posts
Showing posts with label Aidilfitri 2012. Show all posts

29 August 2012

Gambar Raya 2012

Haritu dah cerita aktiviti masa raya kali ni tengok gambar jela eh...tapi tak banyak mana pun gambar raya tahun ni :(

Raya pertama kami...tema peach ye :)
Ngan Aliff :)
Bersama keluarga mertua :)
Kat rumah nenek suami :)
Keluarga belah suami...ni pun ada yang takde 
Ngan nenek and biras :)
Raya ketiga: ni kat rumah mak saya :)
Orang London pun balik beraya kat sini :)
Kat rumah pakcik ada majlis pertunangan anaknya :)
Raya ketiga tema purple...huhu
Raya kelima raya kat hospital...huhuh :(
Raya ketujuh: tema hijau...ni lepas majlis kawen pakcik
siap-siap nak pergi majlis nikah sepupu pulak :)
Raya kelapan: tema purple lagi ikut tema pengantin...huhu
Insyirah yang sangat comel...rasa nak gigit jek :)
dua orang budak yang kalau mula-mula jumpa memang nak peluk jek :)
Mak saya dengan kakak ipar saya :)
Apalah yang tengah diorang tengok tu
Aliff dengan Fa Mak :)
Sara menangis sebab jeles nenek dia amik orang lain :)

Gambar tak banyak pun...gambar aku satu family pun tak ada...maybe weekend ni kitorang amik gambar satu family sebab mak and baba nak datang hantar adik aku yang bongsu masuk UPM...huhuh...kat Kajang ni jugak baru dapat berkumpul :)




27 August 2012

Raya yang memenatkan :(

Rasanya belum terlambat nak ucap Selamat Hari Raya pada korang semua kan...cehhh macam lah ramai sangat yang baca blog ni...hahaha...tak kesah lah kan...

Actually raya kali ni tak tau lah nak cakap raya ke tak...tapi penat nya bukan main lagi...rasanya kat Melaka tak raya sangat...kat Johor lagi lah boleh dikira berapa jek rumah yang dapat pergi...ermmmm...masa kitorang banyak habis kat jalan jek...

Raya pertama pergi beraya kat rumah sanak saudara sebelah mak mertua...raya kedua duk rumah jek tunggu orang datang beraya...raya ketiga beraya umah adik ipar pastu terus balik Johor pastu terus pergi rumah pakcik anak dia bertunang...raya keempat beraya jap kat kampung sebelah mak aku pastu terus pergi KL...raya kelima pergi melawat pakcik aku kat HUKM and terus balik Johor semula and sempatlah beraya satu rumah kat kampung...raya keenam pergi beraya kat kampung sebelah baba aku pulak...dapatlah empat rumah...pastu siap-siap terus balik kampung mak aku ada kenduri kahwin...raya ketujuh pergi rumah orang kahwin...petang dalam pukul 6.00 pm balik semula Pekan pastu siap-siap pergi JB plak sepupu aku nikah...raya kelapan pergi JB sepupu aku kahwin....pastu petang terus balik Kajang...waaaaaaaaaa penat wooo...ni sebenarnya pun demam tapi datang jugak kerja...malas nak pergi amik MC...huhu

Raya macam tak raya...lecehkan time raya-raya ada kenduri kahwin...nak beraya pun tak boleh sangat...huhuhu...semua orang sibuk buat persiapan kenduri kahwin...k lah gambar raya tak boleh nak upload sekarang sebab ada dekat suami aku...bila dia dah bagi nanti baru bole update gambar raya tapi rasanya tak banyak pun...huhuh


15 August 2012

Shooting Raya 2012

Minggu lepas hari jumaat opis aku ada buat Majlis Nuzul Quran dan Iftar bersama staff dan family...pukul 3.00 pm dah mula majlis sebab ada ceramah untuk Nuzul Quran...lepas ceramah jek siapa-siapa yang nak bawa family boleh balik ambik...aku balik lambat sikit sebab suami ada kerja pulak kat KL...sudahnya ambik Aliff lambat sampai opis balik pun lambat...dah azan baru sampai opis...huhuh

Ok sebenarnya nak cerita yang malam tu gak kitorang ada shoot studio untuk raya...lepas suami aku solat terawikh baru kitorang gerak pergi studio...dalam pukul 11.00 pm gak lah start shoot...tu pun shoot gambar adik  kakak ipar aku dulu...pastu ambik gambar adik aku and wife dia pulak...pastu baru gambar aku and family...masa tu tak tau dah pukul berapa sebab Aliff pun dah mengantuk...gambar takde lah banyak sangat tapi pening gak lah nak pilih...hahah...Aliff kurang memberi kerjasama sebab dah penat kot...pastu ada gambar dah ok apak Aliff pulak mata dia stim...hahah...macam-macam...kitorang habis shoot dalam pukul 2.00 am kot...pastu balik singgah tapau nasi goreng ayam and terus sahur...hehehe









Ok ni je gambar yang aku sempat dan rajin nak edit...pastu ada sikit yang aku amik dari FB suami aku...siapa-siapa yang berminat nak shoot kat studio suami aku ni boleh pergi kat FB dia ek Matlan Sopan :)