26 March 2013

Resepi : Berongko

Ayoooo berongko, brongko, berongkoh ntah tak tau mana satu betul ejaannya...kikiki...mesti korang-korang semua tak pernah dengarkan nama tu...ok berongko ni adalah kuih traditional orang bugis...bahan utama dia ialah pisang nipah...pisang nipah je eh boleh pakai kalau pakai pisang lain mak aku cakap tak sedap...heheh...kuih ni kalau mak aku or yang memang bugis buat memang manis...sebab memang orang bugis ni hantu manis tapi untuk kuih jela...tapi aku tak berapa sangat so aku buat berongko haritu memang saja buat tak manis...letak gula sikit jek...berongko ni pun kalau kat sini memang takde jual sebab korang pun mesti tak pernah nampak kan...tapi tapi tapi kat sabah ada ye uolllsss...and of course la kat indon tapi tu pun mungkin kat makasar jek...sebab kat makasar banyak orang bugis and sedare mare aku pun masih banyak kat sana...kalau tak, tak kan sampai tiap-tiap tahun mak and baba aku g sana kan (sejak dua menjak ni la)...aku tau kat sabah ada pun sebab haritu aku try lah google berongko ingatkan takde rupa-rupanya ade uollss...kikiki...kat sabahkan banyak gak orang bugis...heheh...and kat sana diorang siap jual kat pasar malam lagi and siap bungkus pakai daun pisang...tapi family aku memang pakai bekas or acuan jek tak payah nak bungkus-bungkus bagai...heheh...eh ok ok panjang plak aku membebel...heheh...ni resepinya ye kawan-kawan :)

Berongko
Bahan-bahan:
1 sisir pisang nipah yang dah masak
1 biji telur
1 kotak santan (kotak kecil)
Gula secukup rasa
Pewarna kuning
Sedikit minyak masak

Cara-cara:
1. Buangkan kulit dan hati pisang (biji-biji hitam dalam pisang).
2. Kemudian masukkan pisang, telur dan santan dalam pengisar dan kemudian kisar bahan-bahan tersebut.
3. Bila dah kisar letakkan adunan dalam mangkuk kemudian masukkan gula (ikut kita nak manis atau tak). Kemudian masukkan beberapa titik pewarna kuning dan kacau sampai adunan menjadi warna kuning.
4.  Setelah itu, masukkan pula adunan tadi di dalam acuan yang dah disapukan dengan sedikit minyak masak.
5. Bila dah masukkan dalam acuan, bolehlah dikukus sehingga masak (anggaran kukus dalam ½ jam).
6. Bila dah masak bolehlah dihidang dan dimakan!

Inilah dia Berongko!!! heheh

Cantik tak pengukus aku...kikiki kretipkan :)

Adunan yang dimasukkan dalam acuan

Bila dah masak :)

Sebelum dikeluarkan dari acuan :)




Selamat Mencuba!!!


25 March 2013

Happy Belated Birthday Shela!!

Hari khamis yang lepas, shela dak opis aku ajak kitorang budak-budak H2M buat potluck hari jumaat...aku on jek...sebab memang tiap-tiap hari pun masak so boleh la masak untuk hari jumaat tu sekali :)

Ok lepas tu shela suruh pulak liya yang masak nasi tapi liya tak nak...dia cakap tengah banyak keje...takut esok amik masa lama pulak nak lepak...bila liya cakap taknak tu mula la muncung si shela...habis sepanjang jalan nak g solat dia membebel...hahah kelakar aku dengar dia bebel..

Lepas solat tengah dok khusyu' buat keje dapat whatsapp personal dari liya...dia cakap sebenarnya jumaat tu nak celebrate besday shela...so liya suruh cari alasan untuk takyah buat potluck jumaat tu...yang hawa ngan dayah pun memula ok nak buat potluck cari alasan gak taknak buat potluck...hawa bagi alasan suami dia ajak keluar takut tak sempat nak masak...si dayah pulak cakap tak jadi nak buat...jadi tetiba shela cakap cancel jek sebab takkan kitorang berdua je kan nak buat potluck tu...so cancel...fuhhhh lega la sikit sebab shela yang cancel sendiri so takyah la nak bagi alasan...heheh selamat

Bila jumaat tu nak keluar makan memasing tak tau nak makan kat mana...hehhe jadi liya tanya lah shela nak makan ape...tuan punya diri pun tak tau nak makan mana...last-last aku yang decide makan kat Secret Recipe sebab senang ada kek sekali...bila sampai sana aku, dayah ngan besday girl duduk yang lain liya,hawa and k.epah g tengok-tengok kek...bila diorang yang g tengok kek tu duduk, tak lama lepas tu budak secret recipe datang bawak kek kegemaran besday girl durian cheese siap dengan lilin jadi kitorang pun nyanyi la lagu happy besday untuk shela...tak tau la ape perasaan shela masa tu...tapi nampak happy je...heheh "HAPPY BELATED BESDAY SHELA"

Ni dia birthday girl!!!

Geng H2M
Makan tak pandang kiri kanan...kehkehkeh

 K daaaaaaaaaaaa :)





21 March 2013

Tetiba rajin masak

Halluuuuuuu...
Sebelum ni aku de cite pasal rutin harian aku kan...dan kat dalam rutin harian aku tu langsung takde masa untuk aku masak...tapi tak tau la lepas post entri tu terus aku masak tiap-tiap hari...hahaha...maybe aku suka and happy kot dapat makan ramai-ramai dengan adik-beradik aku and ipar-ipar sekalian...heeeee...betullah kata orang makan ramai-ramai ni seronok...tapi tu bukan bermaksud makan bertiga je dengan suami and Aliff tak best tapi bila ramai tu meriah la sikit kan...jadi kecoh orang dalam rumah...aku, abang aku and adik aku duduk dekat jek...jadi bila masak tu aku akan tanya nak makan sekali tak...so bila diorang nak makan sekali aku pun masak lebih la...lagipun kan kakak ipar aku tengah mabuk-mabuk akibat pregnant and adik ipar aku dak adda plak sian dia g kerja jauh...so tak salah kan masakkan untuk diorang sekali...sweet tak aku??? cehhhh...hahaha...tapi kadang-kadang dak adda ada gak masak sekali...lagi puasa hati bila tengok diorang makan banyak...rasa berbaloi je masak walaupun penat sikit :) tapi aku boleh masak bila suami aku ada...sebab dia lah yang kene jaga dua orang hero aku tu...Terima Kasih Abang :)

Kari Ayam...1st time buat ni...kehkehkeh

Ikan Cencaru Sumbat Cili

Udang Masam Manis

Sayur Sawi Masak Air

Ketam Masak Cili Api

Ikan Siakap Stim (ni dak Adda yang masak :)), Udang Goreng Kunyit and Sambal Ikan 

Sambal Sardin

Semua di atas adalah lauk-pauk yang aku masak...banyak lagi tapi tak amik gambar pun sebab penat nak posingkan lauk...hahah...hidang-hidang terus makan...heheh...ala tapi masak biasa-biasa je pun...korang pun boleh buatkan...heeeeeeeeee...tapi kadang-kadang kagum gak dengan diri ini...sebab dulu aku ni adalah seorang perempuan yang 0 dalam bidang masakan...langsung tak tau pape wehhh...tapi Alhamdulillah bila dah kahwin automatik pandai la sikit-sikit...kuikuikui malu i...ingat lagi masa kat Poli dulu...bila tau aku nak masak kawan aku Julie boleh duk tunggu aku and sengih-sengih usik aku...padahal nak masak telur je pun...pastu terus aku ngamuk and merajuk...huahahha bila ingat balik kelakar and rindu masa tu...rindu kat kawan-kawan Poli...rindu semua :) ahahaiiiii

K daaaaaa :)


19 March 2013

Rupa-rupanya allergic

Assalamualaikum....

Hari khamis haritu aku balik kerja amik Aliff and Qausar kat taska...pastu teacher diorang cakap maybe Qausar kene demam campak...so dia suruh kitorang g klinik check...kalau betul kene campak Qausar tak boleh datang taska sebab takut berjangkit dengan bebudak lain...so aku and suami g lah klinik...bila kat klinik doktor pun cakap campak...jadi start hari jumaat aku tak g kerja sampai lah hari isnin pun campak dia tak baik lagi...minggu lepas aku cuma kerja hari selasa jek...kebetulan hari rabu sampai jumaat aku memang amik cuti nak g Perlis adik aku konvo...ok dah balik dari Perlis pun masih tak baik jugak campak dia...aku and suami confuse and rasa Qausar ni macam bukan kene campak...yelah kalau kene campak mesti berjangkit dengan budak-budak yang belum kene campak kan...ni tak Aliff, Amar, Insyirah sume pun tak berjangkit padahal Aliff and Insyirah tiap-tiap hari peluk cium Qausar...Ok aku and suami still tak puas hati...so kitorang bawak lagi sekali Qausar g klinik...bila kitorang tunjuk je Qausar kat doktor tu dia cakap tu bukan campak...aduss sabar jela...doktor cakap yang Qausar allegic...so doktor bagi ubat sapu and bagi sabun mandi berubat...mudah-mudah gatal-gatal dia cepat hilang...kesiannya Qausar tapi nasib baik lah Qausar ni budak baikkan (bak kata aunty shela ngan aunty day) sebab masa dia kene gatal-gatal tu dia tak banyak ragam pun...baik jek...heheh ingatkan campak rupa-rupanya allergic...tapi takpelah best dapat bersama dengan Qausar lama-lama...bila duduk rumah lama-lama main-main ngan Qausar rasa macam nak berenti kerja duk rumah jaga Aliff and Qausar tapi tula bila lah nak rasa keadaan camtu...heeee :)

Bintik-bintik di kepala

Gatal-gatal di badan Qausar

Lagi bintik-bintik di kaki Qausar
Kesiankan tengok gatal-gatal kat badan Qausar...Mudah-mudahan Qausar cepat sembuh eh sayang...Aminnn :)


k daaaa :)


Rekod Kesihatan Qausar II


Lima Bulan
Berat : 6.6kg
Panjang : 63cm
BMI : 15kg

Enam Bulan 
Berat : 6.4kg
Panjang : 64cm
BMI : -

Bulan ni Qausar turun 0.2kg...huhuhu sian anak ibu...padahal dah makan tapi maybe sebab haritu dia demam and tak selera nak makan...tapi alhamdulillah graf masih didalam line putih :) Mudah-mudahan bulan depan berat Qausar naik ye sayang 

Qausar yang sehat...(abaikan kaki di atas tu...heheh)


k daaa :)

12 March 2013

Dia dah mai dah

Masa aku pregnantkan Qausar aku tak suka betul dengan benda ni...kalau ada orang yang jual barang baru kat FB aku rasa semak je...siap rasa macam nak remove...betullah kata orang ada benda yang kita suka masa tak pregnant tapi bila pregnant mesti kita tak suka...aku pun alami benda yang sama...tapi sekarang ni dia mai balik dahhh...aduhhhh memang kopak lah aku kalau ikut nafsu...tapi sabar tahan tahan dari mengikut nafsu serakah...Tupperware ohhh tupperware kenapa lah aku gila sangat kat kau...pastu semakin menjadi-jadi pulak sekarang ni...pantang nampak tupperware yang cantik terutama sekali kaler pink ngan merah terus rasa cam nak beli...dah la tu yang cantik-cantik of course lah yang oversea punya kan...geram plak aku tengok haishhh sabau sabau...beli mana yang mampu jek...heheh...k kat bawah ni gambar-gambar tupperware koleksi terbaru aku...heeeee saya suka saya suka :)


Lolli Plate Pink
OT Pink
Bekas Pink
Botol Air 2L Fushia Pink from Philippines
Botol Air 500ml
Botol Air Flip 1L Fushia Pink from Mexico
Jumbo Mug Pink
Botol ang Mug pakai kat Opis
Bekas Pink
Sudu Garfu Pink and Merah
Senduk tepi kiri kanan dari Indonesia sudu kecik Malaysia punya
Tempat Roti, Mangkuk Dessert and Pinggan Kuih Merah from Indonesia
Modular Mate Merah
Jug Merah from Oversea tak ingat dari mana
Goodie Box warna-warni
Tumbler Donald Duck free gift  masa beli Shaklee

Yeayyyy tu je setakat ni...buat tambah-tambah yang sebelum ni...Alhamdulillah setakat ni banyak yang pakai dari simpan je dalam lemari k...bila pakai cik abang pun tak marah...heheh...contohnye camni



 Heheheh ok la daaaaaa :)
















7 March 2013

Qausar 6 Bulan

Semalam 6/3/2013 genap Qausar 6 bulan...yeayyy Qausar dah semakin besar dan dah boleh makan...tapi yang tak bestnya bila nak beralih bulan je Qausar tak sehat...kelmarin dia demam...kalau setakat demam je boleh layan lagi la...ni dengan pakej batuk and selsema...sian anak ibu ni...lemah je dia...itu satu, yang paling tak bestnye ada bunyi kat paru-paru dia so aritu gak aku g klinik untuk check Qausar...bila doktor check dia cakap kahak Qausar dah masuk dalam paru-paru...adehhh tak sukanye dengar...so aritu cakap kat doktor tak yah bagi ubat dah...aku laki bini suh je doktor tu bagi gas kat Qausar...dah lama dah kitorang decide nak suh doktor bagi gas sebab kata orang kalau bagi gas insyaAllah kahak tu hilang tapi bila g klinik or hospital jek doktor tak bagi...siap dah masuk kat hospital pontian pun doktor tu cakap sikit je so dia tak bagi gas...huhuh...la ni dah banyak kene lah gak bagi gas...bila dah bagi gas aritu setakat ni alhamdulillah kurang dah la bunyi kahak Qausar tu...Alhamdulillah

Semalam amik dia kat Taska teacher pun kata ok...tapi yang kelakarnya dia pandai tu tak nak makan ubat...bila tengah duduk-duduk tengok tv dia diam je pastu tetiba bila nampak aku or suami bawak ubat terus dia merengek nangis...huhuhu...pastu bila bagi makan ubat pandai plak dia alih-alih kan muka dia ke kiri ke kanan...alahaiiii Qausar qausar tak suka makan ubat macam ibu!!!! hahahha ;)

Ok selain pandai tak nak makan ubat, Qausar pun dah pandai pusing 360 darjah bila meniarap ,pandai dah angkat punggung macam nak ke depan...dah bole golek-golek meniarap-baring...dah pandai nak main ngan abg dia Aliff...ok malam tadi tengah diorang main berdua, qausar boleh tarik rambut Aliff...hahaha...ape lagi menjerit la si Aliff tu...kikiki comel jek diorang berdua...tak sabar nak tunggu diorang membesar lagi...masa tu mesti diorang bergusti plak...hehehe

Doktor bagi gas kt Qausar

Macam ni lah Qausar setiap kali makan ubat...hehehe

Alololo sian anak ibu
K daaaa


6 March 2013

Resepi : Sandwich Ala UyahNazura

Jom jom kita main masak-masak...masak-masak la sangat kan...ermmmm dah lama tak merasa nikmat masak-masak ni...heheh...weekend yang lepas aku sekeluarga tak g mana-mana pun just duk rumah lepak-lepak...kebetulan hari jumaat my kak ipar  mintak tolong masakkan udang galah yang dia dapat dari orang bagi...hahah ayat ntah apa-apa...baikkan aku tolong masakkan kakak ipar aku...buat pengetahuan semua kakak ipar aku tu pregnant...jadi untuk beberapa bulan ni dia tak boleh bau minyak masak dan gorengan...masuk dapur pun tak boleh ye...hehehe...jadi adik ipar dia ni and biras dia dak adda lah yang kene masakkan...takpe yang penting dapat tumpang sekaki makan udang galah tu...wowwww sedap wooo...eh eh eh aku nak cite pasal apa ni...adoyaiii lari dari tajuk ni...ok ok berbalik dengan tajuk di atas...hari ahad yang lepas aku buat breakfast sendiri no beli beli ok...hahahah

Ala buat sandwich je punnnnn....tu pun nak kecohhh...kahkahkah...eh bukan senang eh aku nak buat breakfast ni pun terpaksa sebab dah jemu makan nasi lemak tiap-tiap hari...ok sandwich aku sonang je...main letak-letak je apa yang aku suka...kihkihkih...jom tengok ape yang aku taruk eh :)

Ini bahan-bahan sandwich tu ye...Planta, Mayonis, Salad, Tuna, Roti Gardenia, Keju, Beef Green Peppercorn, Sos cili (tiada dlm gambar)

Langkah 1: Letakkan salad di atas roti gardenia seperti dalam gambar






Langkah 2 : Kemudian letakkan tuna di atas salad tadi

Langkah 3 : Letakkan pula sos cili di atas tuna

Langkah 4 : Kemudian letakkan pula beef green peppercorn 

Langkah 5 : Sapukan mayonis di atas beef green peppercorn tadi

Langkah 6 : Selepas itu letakkan sekeping keju 

Langkah 7 : Letakkan lagi sos cili

Langkah 8 : Kemudian letakkan sekali lagi roti gardenia

Langkah 10 : Setelah siap belah dua roti tersebut dan boleh lah dimasukkan di dalam microwave untuk cairkan keju

Sandwich setelah dicairkan kejunya :)

Inilah breakfast kami :)

Aliff menikmati breakfast yang ibu buat...huhuh

:)
Ok sekian resepi untuk hari ini...oh lupa beef green peppercorn tu kene goreng dulu ye..aku goreng dengan planta...tak tau bagi korang camne kan tapi yang penting suami aku and Aliff suka dengan sandwich yang aku buat ni...kekeke :)

Daaa