5 October 2016

Jalan-Jalan KL :)

Assalamualaikum...

Cuti hujung minggu, minggu lepas kitorang tak balik kampung walaupun cuti tiga hari. Incik suami kerja isnin tu. Jadi plan nak pergi cari barang sekolah Aliff memandangkan tahun depan Aliff dah masuk darjah satu. Darjah satu??? cepat je masa berlalu kan. Besar dah anak ibu sorang ni.

Beli barang awal-awal senang sikit. Nanti tinggal beli apa yang tak cukup je. Tapi hari jumaat petang masa amik Hadi, teacher dia cakap dia muntah. Ingat muntah biasa-biasa je lah. Rupanya teruk jugak. Dari amik dia pukul 6.00 petang sampai pukul 8.00 lebih masa nak pergi klinik, Hadi muntah 10 kali. Fuhhh muntah yang banyak ok. Tak tahu lah kenapa jadi macam tu. Pastu pergi la KK Kajang, nasib baik tak ramai orang. Doktor check dia cakap takde pape maybe sebab Hadi selsema tu yang jadi macam tu. Ok lah bila doktor dah cakap macam tu aku lega la dengar. Malam sebelum nak tidur pun muntah lagi. Jadi aku and incik suami amik keputusan batalkan plan nak pergi cari barang sekolah Aliff. Huhuhuhu

Pagi sabtu tu, tengok keadaan Hadi macam dah ok. Alhamdulillah tak ada muntah macam malam tadi. Jadinya aku ajak incik suami keluar jalan-jalan makan angin. Kitorang plan nak pergi tempat yang boleh bagi ilmu sikit dekat anak-anak (ceh ilmu lah sangat). Sebelum keluar kitorang google tempat yang menarik boleh bawa anak-anak. Banyak juga tempat yang menarik tapi kitorang decide nak pergi Pusat Sains. Aku and incik suami pun tak pernah pergi. Heheheh

Siap awal tak awal sangat lah. Dalam pukul 11.00 lebih kitorang keluar rumah. Tapi sedih, sebab Pusat Sains tutup for renovation. Huhuhuhu sabar je la. Tapi kan nasib baik kat depan Pusat Sains tu ada Taman Prasejarah. Taman tu dia ada replika dinosour. Siap ada nama and asal-usul dinosour-dinosour tu. Apa lagi Aliff and Qausar tersangat la suka. Habis diorang panjat-panjat kat dinosour tu. Tapi Kitorang tak lama kat sana sebab panas ok. Heheheh. Dapat bergambar kat semua dinosour tu ok la kan. Heheheh








Ok dah puas budak-budak ni main panjat-panjat dekat dinosour, aku ajak incik suami pergi tempat yang ada aircond. Hahahaha. Tempat yang ada aircond apa lagi kan, shopping mall lah. Hehehe. Shopping mall yang dekat, Midvalley. Incik suami pun setuju je, sebab tempat yang beriya-iya nak pergi tutup plak. Kihkihkih.

Malangnya, borak punya borak sambil drive, incik suami boleh terlepas pulak simpang nak masuk Midvalley. Hahahaha. Ke tempat lain lah kita. Apa lah nasib kan. Phewwww

Jadinya kitorang ke Sungei Wang dulu. Ok masa dalam kereta tadi, on the way nak pergi Midvalley aku suggest dekat incik suami kitorang g Midvalley pastu naik komuter pergi KL Sentral sebab nak bawa budak-budak ni naik keretapi la kononya. Huhuhuh. Bila Midvalley dah terlepas, kitorang tukar plan bawa budak-budak ni naik monorail plak, tu yang parking kat Sungei Wang. Kat Sungei Wang Kitorang makan dulu memandangkan dah tiba waktu makan tengahari :)


Kat Sungei Wang kitorang makan ayam penyet je. Ok lah orang tak ramai sangat. Bila orang tak ramai, makanan cepat sampai. Hehehe. Dua orang budak atas tu, macam-macam perangai tau. Tapi masih terkawal. Hahahah

Dah habis makan kitorang teruskan perjalanan. Ceh macam lah nak jalan pergi mana kan. Sambil jalan tu cuci-cuci mata sekali. Hehehe. Tapi tak ada benda nak beli so teruskan perjalanan :)


Berhenti jap tengok air pancut sambil gelak-gelak. Hahaha. Budak-budak banyak nau imaginasi diorang. Takpe yang penting diorang happy :)

Memandangkan kitorang pun tak pernah pergi NU sentral, Jadi kitorang decide naik monorail pergi Nu sentral. First time naik monorail dengan incik suami and budak-budak ni :)






Hehehe tengok lah anak-anak ku itu, sangat teruja. Sepanjang dalam monorail mulut pot pet pot pet. Layan kan aje lah setiap soalan diorang. Orang-orang dalam tu pun senyum-senyum je tengok telatah Aliff and Qausar. Masa masuk dalam monorail tu orang-orang yang duduk dekat dengan kitorang semua bangun bagi tempat duduk dekat budak-budak ni dengan suami sebab bawa baby. Baik-baik kan orang Malaysia ni :)

Sampai je NU sentral, Incik suami ajak cari surau dulu sebab dah pukul 3.00 lebih belum solat lagi. So kitorang pergi lah solat dulu. Lepas solat baru jalan-jalan sampai lebam. Hahaha. Sebenarnya tak ada benda pun nak cari kan. Saje je jalan-jalan. Eh jap nak pergi cari barang incik suami lah. Sebab dah berkurun lamanya dia tak shopping. Asik-asik shopping barang ibu and anak-anak je. Kihkihkih. Takpe-takpe bagi can la :p


Masa incik suami tengah cari barang dia, bagi budak-budak ni main dalam fitting room. Hehehehe. Kalau tak, lari sana lari sini. Oh ye sebelum tu kena lah belikan diorang mainan dulu. Bila dah dapat mainan baru tenang sikit rasa. Alah mainan murah-murah sudah. Hahahah

Dah habis pusing satu NU Sentral walaupun tak habis pusing pun sebenarnya. Hahaha. Kitorang pergi makan petang basahkan tekak. Dah petang, anak-anak pun dah banyak ragam. Jadinya kita rehat sebentar sebelum teruskan perjalanan balik :)



Ok sambil makan pun boleh main lagi kan. Ok layan kan aje. Yang penting mereka happy dan keadaan terkawal :)

Keseluruhannya aku puas hati jalan-jalan KL haritu. Rasanya dah lama benar tak jalan-jalan macam tu. Bukan tempat yang di tuju tu penting tapi masa bersama keluarga itu yang penting. Tengok anak-anak happy dah cukup bahagia bagi aku dan incik suami. Ecehhhh ayat aku :p

Ok dah jumpa lagi di lain hari :)

Muahhhh.

No comments:

Post a Comment