14 April 2016

Kelahiran yang ketiga

Assalamualaikum 2016!

Dah nak masuk setengah tahun baru nak update blog...maaf kerana lama sepi tanpa berita...ecehhh :p

Buat pengetahuan semua aku dah selamat bersalin 12hb Januari 2016 haritu...alhamdulillah bertambah lagi hero dalam keluarga aku...makin bertambah selamat aku rasa kerana dikelilingi hero-hero comel yang in sha Allah akan jaga aku bila diorang besar nanti....mudah-mudahan aminnn.

Kali ni aku bersalin dekat Hospital Bersalin Rendah Risiko, Putrajaya...aku bersalin kat sana sebab Hospital Serdang tengah renovate...jadi macam sesak sikit kat sana...labour room pun husband tak boleh masuk...jadi kitorang suami isteri decide aku bersalin kat Hospital Bersalin rendah Risiko, Putrajaya je...lagi pun dengar orang cerita kat sana ok dan selesa...dan alhamdulillah aku masa bersalin sebelum-sebelum ni takde apa-apa masalah jadi boleh la bersalin kat sana.

Masa pregnant aritu ada 2, 3 orang yang sama dan lebih kurang due date dengan aku...jadi bila sorang dah masuk hospital nak bersalin aku pun jadi cuak gak lah kan...heheh...ade yang awal 2,3 hari dari aku dan ade yang awal sehari dari aku masa bersalin tu...alhamdulillah semua selamat :)

Masa pagi 12hb tu aku bangun nak solat subuh, bangun pergi toilet nampak dah keluar tanda darah...jadi masa tu tenangkan hati and pergi kejut en.suami dan cakap dah keluar tanda...tapi macam biasalah suami aku tu jenis yang tenang...so kitorang tenang-tenang je siap-siapkan budak-budak pergi sekolah dan breakfast macam biasa...siap jumpa KU aku masa kat depan opis and cakap kat dia nak pergi hospital sebab dah keluar tanda nak bersalin...heheh

Sampai hospital dia suruh tukar kain semua sebab nak check jalan...masa nurse tu check dia cakap dah 3cm so aku kena duk kat wad dulu sementara tunggu sampai 4cm...duduk kat wad tak lama doktor check balik dah 4cm...so kena la hantar g labour room...masuk labour room dalam pukul 1 lebih lepas zuhur gitu...suami aku pun masuk sekali...siap solat kat tepi katil je :)

Masa kat labour room tu siap aku kene interview dengan doktor pelatih...hehehe...banyak kau soalan dia...macam-macam dia tanya tapi aku layan je la selagi tak sakit yang amat sangat...sakit sikit-sikit bole layan lagi...heheh...dekat labour room tu dia ada sediakan bola besar untuk kita golek-golek sementara tunggu bukaan bukak...aku duk terbaring je kat atas katil suami aku suruh aku golek-golek kat bola tu...hahaha layankan :)

Tak lama tu mula lah sakit-sakit yang amat sangat...panggil nurse, nurse check dah bukak 8cm, lepas tu dia tolong terus bukak sampai 10cm...fuhhhhhh...ya Allah masa tu macam-macam perasaan ada...Allah je la yang tau...masa tengah-tengah meneran nak bersalin nurse tu offer air...memula aku cakap tak nak...lepas tu rasa tekak kering plak...mintak lah nurse tu air...heheh...dia bagi minum dua kali...memula minum air zam-zam kali kedua baru dia bagi air suam...Alhamdulillah pukul 3.58pm aku selamat melahirkan anak lelaki.

Lepas baby dah keluar dia lap-lap bagi suami aku azankan and lepas tu dia letak kat dada aku 1jam...lepas tengok muka baby rasa terharu,sebak, gembira semua ada...Alhamdulillah ya Allah syukur di atas kelahiran ketiga ini...semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh...aminnnnn :)

Nama baby??? hari yang ketujuh baru kitorang suami isteri sepakat nak namakan dia Ahmad Al Hadi b. Hazrul Affandy...ambik nama Al Hadi dari salah satu 99 Asmaul Husna yang bermaksud Yang Maha Pemberi Petunjuk.

Assalamualaikum nama saya Ahmad Al Hadi b. Hazrul Affandy :)

Semoga Hadi terus memberi keceriaan dan kebahagiaan dalam keluarga kami...aminnn :)

Daaaaaaaaaaaa





6 comments:

  1. selamat berbeloggggg kakak iparku!hehehe

    hadi gemokkkkkk!cik adda rindu..huwaaaa :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...nampak sgt dah lama tak berbelog kan cik adda kan

      Delete
  2. hambek kauuu.. panjang lebauuu skali hapdet.. kikiki !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...mood tengah mari bole la sel

      Delete