Orang
Malaysia sangat terkenal dengan budaya yang penuh beradap. Malah kita sangat
dihormati dengan budi bicara yang penuh sopan dan santunnya sentiasa terjaga
baik daripada segi cara membawa diri sehinggalah ke adab percakapan. Selain
daripada itu kita juga sangat dikenali kerana pakaian tradisional yang begitu
indah buatannya seperti beberapa jenis baju kurung seperti Baju Kurung Pahang
dan Baju Kurung Kedah. Terdapat juga beberapa jenis traditional wear lain yang begitu
dekat dengan budaya kita seperti baju kebaya, baju kurung peplum, jubah dan
lain-lain.
Jika sebelum ini kita lihat pakaian tradisional wanita mendominasi pasaran fesyen di Malaysia namun kini kehadiran beberapa jenis pakaian ini yang telah diberi sentuhan moden telah mula mendapat tempat dalam kalangan para pencinta fesyen Malaysia.
Perkembangan trend fesyen Muslimah telah memperlihatkan kemunculan dress Muslimah dengan rekaan serba moden dan baharu. Perkembangan yang cukup positif ini telah memberikan lebih banyak pilihan buat para pembeli dalam memilih baju Muslimah yang mereka mahukan. Hijabista semakin bijak dalam memilih gaya yang sesuai untuk diri mereka, ini dapat dilihat dengan sentuhan kreatif tersendiri yang diberikan oleh mereka ke atas pakaian tradisional biasa untuk disesuaikan dengan trend fesyen terkini. Malah mereka juga telah berjaya menyesuaikan diri dengan arus fesyen semasa apabila mampu bergaya moden dengan cara tersendiri.
Sebagai contoh dress labuh atau turut dikenali sebagai maxi dress adalah antara pakaian Muslimah moden yang semakin popular dalam kalangan mereka yang berhijab. Pilihan yang pelbagai daripada segi rekaan, corak, warna dan size telah memberikan peluang buat mereka untuk memiliki dress labuh Muslimah yang sesuai dengan cita rasa mereka.
Jika kamu,kamu,kamu semua gemar memakai dress labuh apa kata
cari dress pilihan kamu semua secara online. Kini terdapat banyak website online
shopping Malaysia yang menawarkan pelbagai koleksi baju Muslimah untuk wanita.
Jommm apa lagi...kang lambat habis...heheh :)
Daaaaaaa