6 February 2013

Qausar demam pandai moppang

Kata orang tua-tua budak kecik ni kalau nak pandai sesuatu mesti dia demam...memang betul pun...Qausar demam sejak hari ahad hari tu...rupa-rupanya dia nak pandai moppang...apa tu moppang??? hahah moppang dalam bahasa bugis ye kawan-kawan...dalam bahasa melayu nya ialah meniarap...aku memang suka guna bahasa bugis...sebab memang dari kecik dah di biasakan...kadang-kadang bila dah terbiasa sampai maksud dalam bahasa melayu pun aku lupa...heheh

Memula dulu kitorang memang saje suka meniarapkan Qausar tapi la ni letak je dia meniarap sendiri...alhamdulillah...lepas ni tunggu plak apa yang Qausar nak pandai...memang happy bila tengok Qausar dah pandai meniarap sendiri tapi dalam masa yang sama kesian sebab demam...tau la kan budak-budak bila demam...dia bukan tau nak cakap...kalau sakit atau tak selesa nangis jela...ada satu malam tu pukul 2.30 pagi Qausar terjaga...dia macam tak selesa pastu nangis...bagi makan ubat dia diam jap pastu nangis balik...nangis yang macam dia sakit sangat...aku pun macam nak nangis tengok Qausar macam tu...tak tau dia nak apa...last-last aku bagi susu Qausar diam and tido...tapi bila aku lepaskan dia nangis balik...pukul 5.30 pagi baru Qausar betul-betul tido...

Semalam bila balik dari taska Qausar ok je...badan dia pun tak panas sangat...malam pun ok lagi...tapi bila tengah malam je badan dia panas balik...pastu tak boleh nak tido sangat...macam tak selesa...kesian Qausar...harap-harap harini ok la...tak sampai hati tengok dia macam tu...huhu


video
video video





Kikiki ni video Qausar nak meniarap...yang bawah sekali tu dia dah meniarap...memula nangis tapi bila nampak ibu dia macam rakam sesuatu je dia terus diam...hahahha pandai kan dia :)

Ok bye :)


2 comments:

  1. fara qausar mmg dah susut skit...sbb demam kot...shian dia :(

    ReplyDelete