18 December 2015

Maksud Disebalik Lagu - Siri I

Maksud di Sebalik Lagu Fantasia Bulan Madu , Search.


Lagu didendangkan dgn penuh tawaduk, penuh penyesalan. Meratapi betapa kerdilnya diri ini terhadap Dia. Liriknya penuh makna penuh penghayatan. Seolah olah sedang mengaji.Judulnya bermaksud Ketinggian Cinta Terhadap Allah.

Liriknya tampak mudah ayatnya. 
"Demi cintaku pada mu ke mana saja kan ku bawa ku hujung dunia ke bintang kejora. Demi cintaku padamu kukorbankan jiwa dan raga biar pun harus ku telan lautan bara.Bulan madu di awan biru tiada yang menggangu bulan madu di atas pelangi hanya kita berdua mengecap nikmat cinta yang putih tak terbendung sesuci embun pagi. Andai dipisah laut dan pantai musnahlah ilham hilang pedoman andai dipisah cahaya dan bulan gelap gelita musnah asmara."

Isinya bermaksud begini.
"Sesungguhnya aku cinta kepadaMu, aku sentiasa mengingati kepadaMu walau dimana sekalipun . Sesungguhnya aku cinta kepadaMu aku sanggup berjihad walau berbagai rintangan yg ada .Ketinggian cintaku kepadaMu setelah terbukanya hijab, ketinggian cintaku semakin indah bila hampir kepadaMu merasai kenikmatan cinta ketengan jiwa yg hakiki lahir dari hati yang bersih. Jika berjauhan Tuhan dan hambanya putuslah hubungan tiadalah pertunjuk, jika berjauhan hidayah dan manusia gelaplah hati tiadalah cinta kepada Tuhan."

Pautan YouTube diatas selalu aku tatap dan hayati maksud tersiratnya. Sebenarnya lagu lagu rock yang kita dengari selama ini semuanya berbaur Ketuhanan bukan memuji memuja wanita semata.


17 December 2015

15 December 2015

Tiap Detik Terus Berjalan, Semuanya Bermula Juga Berakhir


Keep Calm Welcome New Admin.

Tiap waktu terus berlalu semuanya dijamin bermula juga berakhir.
Semestinya berhias gelap dan terang, suka dan duka, tangis dan tawa, digores bagai lukisan.

Nampaknya 2015 sudah di penghujungnya. Bakal berlabuh tirai menyambut kehadiran 2016. Dari tahun ganjil ke tahun genap. Setiap tahun yg dilalui pasti meninggalkan sejarah dan bekalan dosa pahala. Bekalan yg tak putus putus mahkluk bernama Raqib dan Atid mencatat. Tak berhenti bertenggek di bahu kiri kanan.  Sesungguhnya semalam adalah sejarah, hari ini adalah anugerah dan esok semestinya misteri.


Kelihatan Disember merupakan bulan yg sibuk.

Sibuk dengan percutian keluarga sempena cuti sekolah.

Sibuk dengan membeli belah persiapan anak anak sekolah utk sesi baru.

Sibuk dengan merancang belanjawan yg bakal berubah 360°  atau mendatar 180°  atau menjunam -45° atau tiada perubahan langsung 0°.

Setiap pusingan hidup ada kiraannya juga jln ceritanya. Tidak semestinya selalu di bawah, juga tak semestinya berada di atas. Hidup bukan sekadar menempuh bulat-bulat, semuanya telah ditulisNya.


Dia telah tetapkan perjalanan hidup kita, begitu juga hidup kami suami isteri.
Sedikit mukadimah dari admin baru iaitu Sang Suami pemilik blog ini. Selepas ini dan hari hari mendatang blog ini bakal dikelolai Sang Suami turut ditambah nilai oleh admin asal.
Perkara ini telah lama Sang Suami memendam rasa utk ambil alih, lantas di penghujung 2015 ini keberaniaannya diserlahkan. Hal ini kerana blog ini nyaris dimamah anai-anai juga telahpun bersawang. 

Follower yg ada harus dikekalkan. Lemparkan ilmu, curahkan idea bernas ke blog ini agar ia bermanfaat akan menghasilkan follower lagi. Setiap yg telah bermula pasti menempuh tahap konsisten yg kental utk dijadikan kekal sebelum berakhir. Untuk kekal konsisten itu adalah perkara yg sukar dan memerlukan mental yg tak mudah koyak. Sekali koyak maka kembali bersawanglah blog ini. Moga dgn kehadiran Sang Suami akan merancakkan lagi blog ini.



18 September 2015

Takde tajuk

Assalamualaikum...

Lamanya aku tak update blog ni. Bukan tak nak update tapi rasa malas sangat padahal tiap-tiap hari bukak je blog ni...hurmmm

Kesian aku tengok blog ni...sepi jek...nak buat macam mana dah tuan blog ni agak pemalas sekarang...sampai ada lah orang tu nak amik alih blog aku nih...kihkihkih...nanti kalau lepas ni rasa-rasa macam lain je cara penulisan kat blog ni maknanya bukan aku ler tu ye...itu incik suami saya!! hahahah...dia pun nak berbelog...layankannnn...heheh

Ok buat pengetahuan yang belum tahu, aku sekarang pregnant 5 bulan. Salah satu penyebab aku malas update blog jugak nih. Hahaha padahal memang MALAS! Pregnant kali ni morning sickness aku agak teruk jugak lah berbanding budak dua orang sebelum ni. Awal-awal pregnant kena masa puasa pulak tu...memang aku flat habis ler tapi alhamdulillah dapat jugak aku puasa walaupun tak penuh. Dari mula pregnant sampai sekarang aku memang tak masak kat rumah. Sebenarnya aku nak je masak tapi bila balik je rumah mesti malas giler...tak tau kenapa...sian suami saya tiap-tiap hari makan nasi bungkus...hiks...bukan setakat malas masak je semua benda pun malas nak buat...hahah...pergi kerja pun malas nak bersiap...sampaikan tudung-tudung bawal yang aku dah lama tak pakai pun aku boleh cari balik nak pakai sebab senang je tak payah nak belit-belit...hahahah sadis kan...selekeh je...hurmm pembawakan kot...redha je la

Oh ye kami sekeluarga juga dah pindah rumah...tapi tak jauh pun dari rumah lama...dekat dengan masjid dan lagi dekat dengan sekolah Aliff...nak hantar Aliff pergi sekolah jalan kaki pun boleh...heheh...setiap pagi dengar suara budak-budak and cikgu Aliff bagi salam dengan baca doa-doa...hihihi...kitorang baru je pindah jadi rumah masih bersepah sana sini...dengan keadaan aku yang macam ni jadi agak lambat aku nak mengemas...kemas sikit dah mengah...hahaha mak buyong la katakan ;p


Tepek gambar ni la bagi aku semangat nak mengemas...hahah...ok ni gambar kat rumah lama...tempat yang paling aku suka...tapi macam kat rumah baru ni tak boleh je nak buat macam ni...hurmmm sedih...tapi takpe lah tempat baru kita cari idea baru pulak macam mana nak mendeko kan....hehe

Ok la daaaaaaaaaaaa :)




28 May 2015

Family Trip : Jakarta-Bandung-Jakarta (Day 1)

Assalamualaikum and Hi...

Dah lama rasanya tak menjengah kat sini...almaklumlah mood nak menulis blog tak sampai...tapi harini cuba gak lah menulis sesuatu :)

Ingat nak tulis pasal trip pergi Singapore awal tahun haritu tapi gambar kat liya malas plak nak pergi amik...jadi tulis pasal pergi Jakarta - Bandung bulan sembilan tahun lepas lah...hahahah ok la kan dari takdo :p

Trip kali ni aku and adik-beradik rancang sama-sama nak pergi...almaklumlah aku ni tak pernah pergi lagi jalan-jalan ke luar negara...heheh...kebetulan masih ada lagi sudara-mara kat sana...jadi selagi masih ada orang tua boleh lah berkenalan kan...Orang tua aku dah banyak kali pergi Indonesia ni cuma Jakarta and Bandung baru sama-sama first time nak pergi. Kitorang beli tiket lagi awal dari beli tiket pergi Kundasang...hahah. Tiket pergi Jakarta ni pun lagi murah dari pergi Sabah...Huhuhu

Kalau korang nak tau masa raya tahun lepas anak aku dua-dua dan apaknya diserang chicken pox. Rasaya pernah cerita sebelum ni. Nak dijadikan cerita lepas diorang kena adik aku plak dengan anak-anak dia kena, lepas tu berjangkit plak dengan anak-anak abang aku...aduhhh dah la dah nak dekat pergi Jakarta...terus kitorang jadi risau. Aku masa tu dah takde mood dah nak pergi sebab diorang pun macam taknak pergi...yela confirm Air Asia pun tak nak lepas kan...sebab penyakit berjangkit ni rasanya tak boleh naik flight. Masa tu confirm dua family tak pergi...aku rasa tak seronok pulak plan sama-sama last-last tak jadi...huhuhu

Tapi nasib baik lah selain family aku, adik and mak bapak aku ada lagi dua orang makcik aku ikut...so takde sikit sangat yang pergi kan...tu pun ada sorang makcik tak jadi pergi sebab anak dia bersalin...heheh


Walaupun tak dapat pergi, kakak Izzati dengan Insyirah tetap hantar Aliff pergi airport :)


Dalam flight...budak-budak tak reti duduk diam...tapi masa ni belum gerak lagi...


Aliff dan Qausar pun nak tengok menu :)


Tak sabar Qausar nak makan...masa kat airport tak makan jadi dalam flight lapar...beli je la kan...sedap jugak makanan dia :)


 Urmmmmmmm sedapnya...heheh


Masa ni dah sampai Jakarta...tapi kat sana kena turun jauh dari airport jadi kita kena naik bas untuk pergi sana...banyak bas yang datang amik...jangan risau :)


Ok, ni lah airport Jakarta...masa ni dah pukul 1.00 pagi rasanya...kitorang tunggu orang datang amik...sementara tunggu baba call orang tu kami yang lain duk melepak kat tepi-tepi...nasib baik lah tak lama...orang tu terus cam kitorang...heheh

Sampai je rumah sedara aku tu..aku terus macam excited...rumah dia cantik kau...eh actually dari masa perjalanan lagi dah excited sebab first time sampai tempat orang...so teruja lebih sikit...hehhe...sampai je rumah disambut mesra oleh tuan rumah...actually bukan tuan rumah sangat pun...sebab sebenarnya tuan rumah pergi balik kampung dia sebab ada sedara dia kat sana kahwin jadi dia panggil mentua dia duduk rumah tu sementara dia balik kampung...mentua dia tu mak and baba aku kenal so tak jadi masalah lah...hihih

Sebelum tidur dia sempat lah borak-borak kejap sambil minum-minum :)


Eh eh ni gambar pagi dah...kat sini pagi pukul 6 am dah macam pukul 8 am...heheh...kat sini breakfast dua kali tau...hahah...ni pepagi buta makan...makan benda manis-manis tapi sedappp...heheh...ok orang bugis memang suka makan benda manis :)


Ni mak aku dengan akak dan adik dia...heheh...nasib baik la makcik aku dua orang ni jadi ikut so meriah lah sikit...heheh


Baba tengah borak-borak dengan tuan rumah...nampak tu Aliff bukan main lagi main-main...heheh


Ok ni mak mentua sedara aku tu...yang tak pakai tudung...yang borak-borak dengan baba aku tu tadi bapa mentua sedara aku...heheh...peramah sungguh makcik ni :)


Pemandangan dari atas...tinggi kan...boleh tahan tinggi jugak lah...dinding tangga semua kaca...Aliff dengan Qausar suka pulak main tangga ni...aku rasa gerunplak diorang turn naik...huhuh


Ini budak namanya Zara...sangat petah bercakap dan peramah jugak...kejap jek dah bole jadi kawan dengan Aliff dan Qausar :)


Ok ni baru betul breakfast...haha....aku pun dah lupa apakah nama makanan ini...tapi sambal dia memang sedap...bertambah jugak lah aku makan...lagipun makanan dia takdelah beza sangat dengan makanan kita kat Malaysia ni :)


Dah siap makan sebelum keluar pergi jalan-jalan kita bergambar dulu eh...ni lah gambar family mentua sedara aku tu...peramah semuanya :)


Ni kak Yati adik ipar sedara aku...banyak dia borak...heheh...ok sebelah umah sedara aku ni siap ade atm bank dengan dobi lagi...heheh


Memula ingat ada lah orang teman kitorang jalan-jalan rupanya takde...driver jek tolong hantar mana kitorang nak pergi...masa ni lagi satu kereta tak sampai lagi...jadi duduk la jap kat laman diorang :)






Paling suka Aliff dengan Qausar lah...siap berlari-lari kat laman...pastu tengok-tengok ikan kat kolam...masalahnya bukan setakat tengok je tapi siap masukkan rumput-rumput kat dalam kolam tu...hahah...sabar jela wahai anak :)


Ni dalam perjalanan nak pergi Tanah Abang...tengok review kat blog cakap kalau Jakarta memang kena pergi Tanah Abang...jadi jom ke sana!! Masa ni jalan dekat sini sempit sikit...eh tapi memang kat sana jalan tak berapa besar...pastu penuh dengan motor kau...heheh


Eh nampak Sogo!! memang tak pergi lah kan...Sogo kat KL tu pun jarang-jarang perginya...hahah


Kat sini bus stop tengah jalan ok...siap ada laluan untuk bas lagi...masa ni tak ramai orang...ada tempat tu penuh jek orangnya

ThamrinCity tak pergi lagi masa ni...lalu je...diorang cakap lebih kurang Tanah Abang...cuma ThamrinCity ni selesa sikit la...sebab diorang cakap ada aircond...kalau aku tengok macam shopping kompleks kat sini je...heheh



Ni salah satu pengangkutan diorang kat sana...public transport lebih kurang macam teksi tapi diorang panggil angkutan :p


Ok kita dah sampai Tanah Abang! hehehhe...macam ni lah keadaannya di luar Tanah Abang tu...banyak penjaja...macam-macam ada...hehe

Tapi...tapi...tapi... aku takde amik gambar kat dalam!!! huarghhhhhhhhhh dah balik baru perasan takda amik sekeping dua pun gambar...kecewa sangat...hurmmmm


Ni plak masa nak balik dahhh...macam biasa penjaja banyak...orang naik motor pun ramaiii...

Kitorang gerak dari Tanah Abang petang je rasanya dalam pukul lima petang tapi sampai rumah sedara aku tu maghrib okayy padahal rumah dengan Tanah Abang tu takde la jauh sangat...yang buat kitorang lambat sampai sebab macettt banget...macet dalam bahasa sana, bahasa malaysianya kesesakan lalulintas dan bahasa inggerisnya jammed...hahah

Ya ampunnnn kat sana jammed nya sangat lah teruk...ingat kat Malaysia kalau jammed tu dah teruk sangat dah tapi kat Jakarta lagi lahhhhh...adoiii kitorang yang kat dalam kereta ni sampai bangun tidur bangun tidur tak samapai-sampai...haiii penat ok...keadaan lalulintas di Malaysia lagi ok dari kat sana bagi aku...kat sana motor bersepah-sepah dan diorang macam lebih menguasai jalan kat sana dari kaca mata aku masa kat sana...hehe

Bila dah sampai rumah...solat, makan semua siap-siap nak pergi Bandung pulak...hahaha...gila la kan penat dari membeli-belah kat Jakarta tak reda lagi dah kena pergi Bandung pulak...tapi takpe walaupun penat tapi happy!!


Sementara tunggu kereta sedia, sempat borak-borak dulu dengan tuan rumah...pastu boleh plak kan en.suami amik gambar sorang-sorang kat depan...ok la sempat gak dia nak amik gambar dalam rumah ni...nasib baik en.suami suka amik gambar...hahah...gambar atas tu kira ruang tamu...rumah ni ada dua ruang tamu...tengok pasu besar tu...pasu tu besar lagi dari aku ok...hahah


Ok sempat posing sorang-sorang...sikit tak ajak!! menci :p


Ni ruang tamu yang lagi satu...masa ni lah suami aku pergi amik gambar sorang-sorang...hahah...tak pasti apa yang diborak kan oleh mereka...hahah...oh ye semua perbualan dalam bahasa BUGIS ye...tp of course la aku faham...sikit-sikit je la yang aku tak faham :p


Ruang makan dan ruang menonton...menonton gitu...masa ni sempat tengok berita Indonesia...heheh

Ok lah dah berapa kali tertangguh nak post entry ni...sebab panjang sangat dan tak tahu nak tulis apa...hahah...macam-macam hal la ko ni uyah :p

Lain kali aku cerita masa kat Bandung pulak ok...tapi yang penting pergi sini aku banyak jugak save...of course tempat tinggal dan pengangkutan save banyak...masa kat Bandung pun ada penginapan disediakan...wehuuuuuuuuuu

Daaaaaa :)




15 January 2015

Tahun Baru dan Ragam Aliff ke Sekolah

Assalamualaikum...

Yuhuuuuuuuu i'm back!! cewahhh...hahaha...lamakan aku tinggal blog ni...bukak pun jarang-jarang je sekarang ni...dari akhir tahun lepas sampai sekarang super duper busy...tak duk opis sangat pun sebab asyik keluar site and outstation...sampai adalah cakap ingat aku dah berenti kerja...ahaks ;p

Pejam celik pejam celik dah masuk tahun 2015 dah kan...cepat betul masa berlalu...ohhhhhhh umur pun masih meningkat...tapi amalan?? huhuhu masih tak sedar diri...haihhh

Tahun 2014 banyak pahit manis aku lalui...bukan aku sorang jek...aku rasa semua orang pun kan...dengan macam-macam yang terjadi pada negara kita nih...haih sedih bila pikir balik...banyaknya dugaan tapi kena juga tempuh...redha dan pasrah

Harap tahun 2015 ni bagi sinar baru pada kita semua...aminnn

Ok la aku rasa macam nak cita masa aliff masuk sekolah awal minggu aritu...aku ingat excited lah dia nak g sekolah kan...tapi hampa perasaanku sebabnya dia tak nak pergi sekolah ok!!! haihhh pagi-pagi nak kena marah...aku sorang je cuti masa tu sebab suami aku dah dua minggu cuti jaga aliff...maybe tu lah salah satu punca dia tak nak pergi sekolah sebab dah best duk umah tengok tv, main, bangun lambat...huhuhu

Sampai je sekolah tengok budak-budak dah beratur...mak bapak pun ramai...aku pun suruh lah aliff beratur bukan main keras lagi badan dia tak mau beratur...aduhhh pening kepala aku...ok masa tu cikgu pun tak panggil lagi jadi aku bawak aliff balik kejap amik kete suami aku g keje naik motor...masa aku balik semula sekolah, kat dalam kelas aku terdengar cikgu panggil nama aliff so aku cepat-cepat suruh dia masuk...bila aku suruh aliff duduk dia dah mula nangis...siap peluk aku erat-erat...aduhhh nape plak la jadi macam tu...menangis beriya-iya tau...nasib baik lah masa cuti duk rumah aliff memang suka mewarna...jadi masa cikgu bagi kertas untuk mewarna dia dah cool sikit...tu pun dia cakap " ibu kaler dengan aliff ye" huhuhu...aku layankan jela...bila dia dah leka mewarna aku pun keluar senyap-senyap...tu pun dia cari ok...tapi aku duk berdiri kat luar kelas...jadi dia takde la nangis...aku tunggu je sampai dia siap mewarna...laju jugak dia kaler sebab dia siap dulu...dah sipa bagi pada cikgu tapi cikgu suruh dia pegang je dulu...lepas dia pergi kat cikgu dia tengok je kawan-kawan lain mewarna tapi kadang-kadang cakap kat aku nak keluar...tapi mesti lah aku tak bagi kan...ermmm

dah nak pukul 10.00 diorang siap-siap nak makan...aku cuba lah nak balik senyap-senyap...aku pun macam sembunyi-sembunyi bagi aliff tak nampak...tapi aku still nampak dia...tapi bila tengok dia tak nampak aku je laju je airmata dia mengalir...aduhhhhh tak tahan plak aku tengok...pastu datang cikgu pujuk-pujuk dia...cikgu pujuk pun tak jalan, aku pun munculkan diri aku kat aliff...hahahha...masa tu baru slow sikit airmata dia...haihhh tak sampai hati pulak nak tinggalkan dia macam tu...pastu aku cakap baik-baik cakap nak pergi beli gula-gula baru dia amcam bagi aku pergi...kalo saje cakap nak balik memang tak lah dia nak bagi aku balik...heheh aliff aliff macam-macam ragam.


Ni masa cikgu pujuk aliff...masa ni dia dah ok sikit...heheh...tak tau lah nape tak mau pergi sekolah padahal semua tu kawan-kawan sama-sama masa 4 tahun, tahun lepas...ermmm

Harap lepas ni aliff ok lah kat sekolah...semoga aliff menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat...aminnn

Daaaaaaaa