28 June 2012

Warehouse Sale: My Dear

Morning!!!

Hahahha rajinnya pagi-pagi lagi dah update blog...padahal kerja melambak...tapi kalau asyik fikir kerja je, kerja memang takkan habis...betul tak??? hehhe...nak bagitau yang start harini 28/6/2012-8/7/2012 My Dear ada buat Warehouse Sale!!!! yeayyy siapa-siapa yang memang tunggu warehouse ni boleh la g kan...aku ingat pun nak g gak tapi tak tau nak g hari apa...weekend ni kene balik kampung...huhu...ok ni detail dia ek


28 June – 8 July 2012

Baby & Children Products Warehouse Sale

Products Offered
Safety Gates
Baby Walkers
Carseats
Cots
Strollers
Bouncers
and more
Time
9am – 7pm
Location (603 8060 6093)
Cuang Cheng Mao Yi Sdn. Bhd.
34, Jalan Meranti Jaya 10
Meranti Jaya Industrial Park
47120 Puchong
Selangor
For more information, please visit:

27 June 2012

Penyimpanan dan Pengendalian EBM


Pagi ni aku nak share sikit pasal cara-cara penyimpanan dan pengendalian perahan susu ibu...info ni pun aku tak ingat kat mana aku amik...entry sebelum ni kan aku ada cakap memang nak full breastfeeding so masa pregnantkan Aliff dulu aku memang sedaya upaya cari info-info tentang breastfeeding ni supaya tahu macam mana nak simpan dan tahu  perkara-perkara yang berkaitan dengan susu perahan aku...Alhamdulillah bila dah faham maka senang je nak kendalikan susu ibu ni...hehhe :)


Penyimpanan N Pengendalian EBM

EBM - Penyimpanan dan Pengendalian Perahan susu Ibu
Bagi ibu yang berkerjaya, Susu ibu boleh diperah dan disimpan untuk diberikan pada bayi. TAHUKAH ANDA Susu ibu mengandungi sel hidup? Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

ISTILAH- ISTILAH PENTING SUSU IBU YANG DIPERAH 
* EBM = Expressed Breast Milk
* Fresh EBM = Susu yg baru diperah
* Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi hokey
* Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku

BEKAS PENYIMPANAN YANG SESUAI
* bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
* bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
* breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
* Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.

Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. Nak tau di mana boleh dapat bekas penyimpanan ni boleh terjah ke blog DUNIA SUSU IBU. Sana banyak info diberikan.

Apabila susu telah disimpan di dlm bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dgn lebel.

* Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
* Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
* Kuantiti susu yang diperah
* Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)

Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.

TEMPAT PENYIMPANAN

SUHU BILIK?
* Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dr 4 jam
* Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam

catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.


FRIDGE/FREEZER?
Peti Sejuk (1 pintu) - bahagian beku - 2 minggu
Peti Sejuk (2 pintu)
- bahagian beku (-18 hingga -20 °C) - 3 bulan
- pintu bawah (0- 4 °C)
(sebelum dibekukan) - 3-7 hari
(selepas dibekukan) - 24 jam
Pembeku/ freezer (-20C), tahan antara 6 bulan
Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun.

BEKAS PENYEJUK?
cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam

PERINGATAN: 
* susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula 
* susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula

TIP DAN CARA PENYIMPANAN

Di Pejabat

* Simpan susu yg telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bhgn beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yg dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
* Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais

Di Rumah
Simpan sebanyak yg boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit shj dibhgn beku. 

* Susu yg disimpan dibhgn bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
* Susu yg disimpan dibhgn beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.

Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari. 

JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!

* Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
* Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.

26 June 2012

Shopblog berkaitan Breastfeeding


Senarai kat bawah ni aku amik kat mana ntah aku pun tak ingat...jumpa senarai  shopblog ni masa pregnantkan Aliff...memang niat nak full breastfeeding...Alhamdulillah sampai sekarang Aliff still breastfeed walaupun sekarang aku tengah pregnant...sebenarnya mak aku dah lama suruh stopkan Aliff dari menyusu kat aku tapi ntah tak sampai hati pulak nak stopkan Aliff...lagipun dia cuma menyusu kat aku time nak tidur jek...yang selebihnya dia minum susu botol...ok pada ibu-ibu dan bakal ibu yang nak beli barang-barang yang berkaitan breastfeeding ni boleh lah jenguk-jenguk shopblog kat bawah ni ek

Berikut adalah antara shopblog yang menawarkanl pelbagai barang berkaitan penyusuan,seperti pam,bekas penyimpanan susu ibu,pakaian menyusuan serta perkhidmatan kaunseling kaunselor laktasi...
  
1.     adrinis.com
2.     chomelnursingcover.com
3.     enjoybreastfeed.com
4.     fabulousmom.com
5.     ibuhakimhaikal.blogspot.com
6.     jumpsacbaby.com
7.     kasihkusayangku.com
8.     kidsgallery.com.my
9.     lilkaistore.com
10.   littlewhiz.com
11.   lunatots.com
12.   mamadamia.com
13.   mamapatch.com
14.   mamaqstore.blogspot.com
15.   momschoice.com.my
16.   momslittleones.com
17.   mothercare.com.my
18.   mumdreams.com.my
19.   mybabyshop.com.my
20.   mybbstore.com
21.   http://www.mybreastpumpshop.com/ (medela breastpump --with warranty and services, spareparts and accesories ;). Thanks)
23.   sarakids.com
24.   srisuri.com
25.   whizmum.com
26.   pilihanibu.com
27.   duniasusuibu.com/shop
28.   http://nursingpitstop.blogspot.com/ - Seremban area 
32.   www.yoursupermom.com (SHAKLEE / BREASTFEEDING/ HEALTH AND BEAUTY)
38.   http://blingboutique.biz/ - nursing wear
41.   http://www.bajuibu.com/ - nursing wear
42.   http://bajunursing.blogspot.com/ -baju menyusu
43.   http://www.ibuhakimhaikal.com/ (Breastfeeding Set Shaklee)
45.   http://ainazshoppe.blogspot.com/ ( Shaklee Supplement - Trial Pack & Full Pack :  General health,Breastfeeding,Pregnent,Confinement,Diet,dll)
47.   http://www.fw-shaklee2u.com/ ( Shaklee Supplement - Trial Pack & Full Pack :  General health,Breastfeeding,Pregnent,Confinement,Diet,dll)
48.   http://www.faheemwardrobe.com/ (Faheem's Wardrobe - Medela & Philips AVENT Breastpump)
49.   http://www.faheemswardrobe.my1stop.my/ (Faheem's Wardrobe @ My1Stop Virtual Mall - E-store)
55.   http://www.mamafaiz.com/ (shaklee supplemen: healthy beauty,healthy body,healthy weight,healthy home..and lots of health and beauty info sharing)
56.   http://damiapitshop.blogspot.com/ (cloth diapers, barangan bayi, DCL, HPA, kuihmuih)
57.   http://anakibushop.blogspot.com/ (breastpump,cloth diapers,bottle susu,beauty aura)
58.   http://mamaqaireen.blogspot.com/ ( Shaklee Supplement - Trial Pack & Full Pack :  General health, Breastfeeding, Pregnent, Confinement, Diet, dll)

Senarai keperluan baby

Haiii...semalam baru excited nak listkan barang-barang baby yang perlu beli dengan yang dah ada...ok jom tengok apa yang dah aku listkan...hehhe

Barang yang perlu beli :

Baju Lengan Panjang
Baju Lengan Pendek
Seluar Panjang
Seluar Pendek
Romper
Pampers
Napkin
Diaper Wipes
Changing Mat
Diaper Bags
Tuala
Syampu
Sabun Mandi
Bedak
Losyen
Baby Oil
Vicks
Minyak Telon
Feeding Bottle
Newborn Teats
Bottle and Teats Brush
Bottle Sterilizer
Nursing Pillow
Nursing Pad Disposal
Bedding Set
Bakul Baby
Breastpump Accesories - Membrane
                                     - Valve

Barang yang dah ada :


Stroller/Buggy
Walker
First Step Baby Walker
Car Seat
Baby Chair
Baby Carrier
Besen Mandi
Storage Bottle
Milk Powder Dispenser
Feeding Accesories
Breastpump
Stylo Mama Backpack
Cooler Bag
Ice Pack
Bottle Drying Rack
Kelambu
Selimut
Bantal
Bumbo Seat
Buaian
Portable Swing
Termos
Play Mat
Rockin' Gym
Baby Digital Thermometer

Ermmm ni je la kot sebab aku pun tak berapa nak ingat apa yang dah ada...huhu...k list je dulu belinya tak tau bila...hahah

25 June 2012

Mood: membasuh botol-botol susu

Assalamualaikum...
Usia kandungan aku sekarang dah 27 minggu maksudnya dah 6 bulan lebih tapi aku masih belum beli satu pun barang-barang keperluan baby...huhuhu...nak cakap tak excited tak jugak...aku banyak survey-survey jek dulu...tengok-tengok mana yang perlu...lagipun barang-barang masa Aliff dulu masih ada yang boleh pakai lagi...sekarang tengah mood membasuh botol-botol untuk simpan susu dan peralatan mengepam...dah lama tak guna kena lah simpan elok-elok supaya nanti boleh pakai lagi...heheh...haritu pergi DAISO kat Mines...dah lama tak pergi Mines pastu perasan ada DAISO kat situ...hehhe apa lagi ajak la en.suami pergi boleh cari bekas yang berpenutup untuk simpan semua botol-botol susu...sebelum ni pas basuh simpan kat bakul yang takde penutup jadi bila lama-lama dia berhabuk...kalau ada bekas berpenutup ni botol takkan berhabuk lagi kan...heheh


                                 Sebahagian botol susu dan peralatan mengepam yang dah siap basuh :)

Gambar kat atas ni separuh jek botol susu yang tinggal...yang lain dah basuh and dah letak kat bekas yang ada penutup tu...basuh sikit-sikit...sebenarnya tak sabar rasanya nak membeli-belah barang baby...tapi biasalah orang bugis ni banyak sangat pantang larangnya...kalau boleh kandungan dah mencecah 6 bulan lebih or 7 bulan baru boleh beli barang baby...tak tau lah nak cakap jangan ikut tapi benda ni dah pernah berlaku...erm tak tau suratan atau kebetulan...hehehe...k abaikan sekarang nak g listkan apa barang yang kena beli ngan yang dah ada...bye :)

14 June 2012

Resepi : Kek Tiramisu Moden

Malam tadi buat kek tiramisu tapi ni versi moden punya...hahah...haritu pergi rumah cousin, dia bagi rasa makan kek ni...sedap sampai semua orang pun berebut sebab masa tu kek tu tinggal sikit jek...so aku apa lagi mintak la resepi dia...lagipun tak lah susah sangat nak buat...aku ni kalau nak bakar-bakar malas tapi kalau simple-simple jek buatnya aku ok...jom tengok resepi kat bawah ni

Bahan-bahan : 

500g cream cheese
sekotak whipping cream (kotak kecil)
3/4 susu pekat (ikut suka)
2 paket biskut marie
sedikit milo / sebuk koko 

Cara : 
1. Pukul cream cheese sampai kembang
2. Kemudian masukkan whipping cream. pukul hingga sebati
3. Bila dah sebati masukkan pula susu pekat dan pukul hingga semua bahan sebati
4. Kemudian susun biskut marie dalam bekas dan lapiskan dengan adunan cream tadi. selang selikan biskut dan cream sehingga habis.
5. Last sekali taburkan milo / serbuk koko pada lapisan yang terakhir
6. Bila dah siap, sejukkan dalam peti ais. kemudian boleh lah dihidangkan :)

dah potong separuh baru nak amik gambar...huhu
Tadi bagi rasa kat budak-budak opis diorang cakap sedap...yeayyyy alhamdulillah jadi :)


13 June 2012

Aliff setahun tujuh bulan dahhh

Alift tak berapa sehat dua tiga hari ni...dia selesema and batuk...kesian pulak tengok dia batuk...pastu kalau bangun pagi kalau takde aku mesti dia menangis siap bangun cari aku kat dapur...dekat bapak dia pun dia tak nak...kena lah layan dia dulu baru siapkan barang-barang yang nak bawak kat rumah pengasuh...sekarang ni pun kalau hantar kat rumah pengasuh mesti dia nangis...aduhhh aku ni dah lah kalau tengok aliff nangis tak tahan mesti cam nak nangis gak...tapi tak lah nangis kan...tahan jek...dalam hati risau sangat...asyik terfikir dia ok ke tak kat rumah pengasuh tu....haisshhh...tu tanda-tanda dia dah semakin besar ke? sekarang dia dah setahun tujuh bulan...risau lak kenapa dia jadi camtu...tapi lega gak la bila balik dari kerja amik aliff tanya kat pengasuh, dia cakap aliff nangis kejap jek...fuhhh lega jek rasa :)

Walaupun dia tak berapa sehat tapi aliff tetap aktif...sekarang tabiat dia semua benda dia nak campak...adoii sampai remote astro pun bercerai berai dia kerjakan...heheh...lagi satu sekarang aliff dah pandai amik handbag aku semata-mata nak amik tab aku...sebab aku selalu tunjukkan gambar buah-buahan dan binatang  yang ada bunyinya sekali...suka sangat kalau dia sebut Apple jadi apol, Papaya jadi papapa, Guava jadi vavava...hahha comel sangat pastu kalau binatang kalau kita sebut ayam mesti akan jawab kokokok...kalau itik dia akan buat gaya itik mengepak....hehhe tapi paling aku kelakar aliff sekarang dah pandai mengajuk orang...lagi-lagilah kalu ada orang batuk mesti dia pun ikut batuk...haritu mak aku datang sini...mak memang batuk...bila mak batuk jek mesti aliff pun ikut batuk gak...hahha...paling tak tahan dia amik sapu tangan kat handbag mak aku pastu dia letak sapu tangan tu kat mulut dia pastu buat-buat batuk...hahah aliff aliff macam-macam sekarang ni...layankan jek yang penting kami semua terhibur :)


Walaupun tak sehat aliff tetap aktifkan :)

8 June 2012

Hasil tangan

Label untuk botol mineral

Tag untuk goodies

Tak tau kenapa suka sangat sekarang buat benda-benda ni...gambar-gambar kat atas ni hasil kerja aku sendiri...hehhe...ni cousin aku yang tempah sempena majlis aqiqah anak dia haritu...suka buat benda-benda ni sebab suka tengok gambar-gambar candy buffet yang comel-comel...terfikir sendiri dari aku tempah kat orang baik aku buat sendiri kan...boleh save sikit...hehe...buktinya masa birthday Aliff setahun haritu aku buat sendiri candy buffet...sekarang tengah fikir and buat sikit-sikit design tag untuk majlis aqiqah adik Aliff yang dalam perut nih nanti...hahaha excited gitu kan...apa nak buat tengah gila mengedit...rasa macam nak bukak bisnes buat benda ni jek...tapi ada ke orang nk tempah???...hahaha verangans jek :)

Candy buffet separuh siap...heheh :)

Candy buffet hasil tanganku :)

Label botol mineral hasil suamiku...hehe :)

Goodie bag :)

Kecewa

Geram. Kesal. Kecewa 
hai la nasib :(

6 June 2012

Naik 4kg!!

Pergi check up baby haritu berat aku naik 4kg!!! waaaa banyak betul naiknya...patut la sekarang cepat mengah rupa-rupanya berat dah naik melampau-lampau...nasib baik la pergi klinik panel so takde lah doktor nak marah kan...kalau pergi klinik kesihatan sure kena marah dengan misi...heheh...takpe lah yang penting baby sehat kan...tapi haritu masa kat klinik kesihatan naik 2kg jek doktor dah suruh minum air gula....tapi ni naik 4kg doktor tak suruh pun...kalau doktor tak suruh minum ok la tu sebab minum air gula la paling menakutkan bagi ibu-ibu mengandung..hohoho