3 April 2012

Anniversary yang ke-3 :)

Esok 4 April 2012 genap 3 tahun perkahwinan aku dan suami....wahhh dah tiga tahun gitu...selama tiga tahun ni banyak suka dan duka yang aku dan suami lalui...Alhamdulillah semua tu kitorang dapat lalui dengan tenang...cewahhh tenang ke? hahah boleh la dikatakan tenang...tapi kitorang tak pernah sambut kot selama tiga tahun ni...cuma wish dan pergi kerja macam biasa...hahah pelik kan...esok pun sama...esok pagi-pagi kena pergi kursus dan petang baru balik...kalau kursus kat KL confirm lah jammed kan waktu-waktu orang semua balik kerja...apa nak buat layankan jek...jadinya memang takde yang istimewa untuk hari esok ye...lalalala 

Walau takde nak sambut-sambut aku tetap happy yeahhhh!!!...ok la aku nak cite detik-detik perkenalan kitorang...wahhh ayat tak tahan detik-detik perkenalan gitu...huahahah....ok ok cukup...aku dan suami kenal masa kitorang belajar sama-sama kat politeknik PD dulu...aku budak perdagangan dan suami aku budak elektrik...masa sem satu aku langsung tak pernah jumpa suami aku ni sampai lah sem tiga aku and the gang masuk kelab hoki...hahha padahal tak reti pun main hoki...masuk pun sebab ada geng aku yang terer main hoki so join je lah...suami aku pun kelab hoki gak...so sejak tu lah kenal suami aku tuh...tapi kenal-kenal gitu jek...kalau jumpa tak pernah tegur...kawan-kawan aku yang lain semua kalau jumpa suami aku tu tegur la...aku je tak...aku kan pemalu...huahahah gediks...aku masa kat poli ada lima orang satu geng...ada sorang tu memang cun habis la...semua budak lelaki pun memang nak tackle dia...heheh...termasuk lah suami aku kot...hahah (mati aku kalau laki aku baca...hikhikhik)...lagipun masa tu aku tak kisah sangat pun pasal diorang ni...sebab masa tu pun aku ada hal sendiri...heheh...sampai lah satu hari tu suami aku tengah jumpa kawan aku yang cun tu kat dewan makan...aku dan geng-geng aku yang lain nak pergi pasar malam...sebelum tu jumpa la diorang kat dewan makan...dan dari situ la suami aku baru perasan aku kot...hahah sadis betul...nak dijadikan cerita sejak tu dia mintak no fon aku kat kawan aku yang lain...first time jumpa kat tepi pantai 7.7.2002...bukan main lagikan...tapi aku bawak teman okayy...hahha...sian kawan aku tu tunggu aku dan suami borak-borak...

Masa couple pun banyak la suka dan duka kitorang lalui...pernah terputus hubungan selama 6 bulan lepas habis belajar...6 bulan ok...lama gak kot...tapi kalau dah jodoh kan....Alhamdulillah kami bersatu jugak 4.4.2009...Semoga perkahwinan kami ni berkekalan hingga hujung nyawa dan ke syurga...Aminnnn

Pesanan buat abang:
  • Selamat menyambut hari ulang tahun perkahwinan kita yang ke-3
  • Terima kasih kerana menjadi suami dan apak yang penyayang, memahami dan menerima isterimu ini seadanya walau banyak kekurangan serta sanggup mengharungi suka dan duka bersama :)
  • Semoga perkahwinan yang dibina ini bekekalan hingga ke syurga dan dikurniakan anak yang soleh dan solehah...AMINNN 

Ok...daaa

2 comments: