18 December 2015

Maksud Disebalik Lagu - Siri I

Maksud di Sebalik Lagu Fantasia Bulan Madu , Search.


Lagu didendangkan dgn penuh tawaduk, penuh penyesalan. Meratapi betapa kerdilnya diri ini terhadap Dia. Liriknya penuh makna penuh penghayatan. Seolah olah sedang mengaji.Judulnya bermaksud Ketinggian Cinta Terhadap Allah.

Liriknya tampak mudah ayatnya. 
"Demi cintaku pada mu ke mana saja kan ku bawa ku hujung dunia ke bintang kejora. Demi cintaku padamu kukorbankan jiwa dan raga biar pun harus ku telan lautan bara.Bulan madu di awan biru tiada yang menggangu bulan madu di atas pelangi hanya kita berdua mengecap nikmat cinta yang putih tak terbendung sesuci embun pagi. Andai dipisah laut dan pantai musnahlah ilham hilang pedoman andai dipisah cahaya dan bulan gelap gelita musnah asmara."

Isinya bermaksud begini.
"Sesungguhnya aku cinta kepadaMu, aku sentiasa mengingati kepadaMu walau dimana sekalipun . Sesungguhnya aku cinta kepadaMu aku sanggup berjihad walau berbagai rintangan yg ada .Ketinggian cintaku kepadaMu setelah terbukanya hijab, ketinggian cintaku semakin indah bila hampir kepadaMu merasai kenikmatan cinta ketengan jiwa yg hakiki lahir dari hati yang bersih. Jika berjauhan Tuhan dan hambanya putuslah hubungan tiadalah pertunjuk, jika berjauhan hidayah dan manusia gelaplah hati tiadalah cinta kepada Tuhan."

Pautan YouTube diatas selalu aku tatap dan hayati maksud tersiratnya. Sebenarnya lagu lagu rock yang kita dengari selama ini semuanya berbaur Ketuhanan bukan memuji memuja wanita semata.


17 December 2015

15 December 2015

Tiap Detik Terus Berjalan, Semuanya Bermula Juga Berakhir


Keep Calm Welcome New Admin.

Tiap waktu terus berlalu semuanya dijamin bermula juga berakhir.
Semestinya berhias gelap dan terang, suka dan duka, tangis dan tawa, digores bagai lukisan.

Nampaknya 2015 sudah di penghujungnya. Bakal berlabuh tirai menyambut kehadiran 2016. Dari tahun ganjil ke tahun genap. Setiap tahun yg dilalui pasti meninggalkan sejarah dan bekalan dosa pahala. Bekalan yg tak putus putus mahkluk bernama Raqib dan Atid mencatat. Tak berhenti bertenggek di bahu kiri kanan.  Sesungguhnya semalam adalah sejarah, hari ini adalah anugerah dan esok semestinya misteri.


Kelihatan Disember merupakan bulan yg sibuk.

Sibuk dengan percutian keluarga sempena cuti sekolah.

Sibuk dengan membeli belah persiapan anak anak sekolah utk sesi baru.

Sibuk dengan merancang belanjawan yg bakal berubah 360°  atau mendatar 180°  atau menjunam -45° atau tiada perubahan langsung 0°.

Setiap pusingan hidup ada kiraannya juga jln ceritanya. Tidak semestinya selalu di bawah, juga tak semestinya berada di atas. Hidup bukan sekadar menempuh bulat-bulat, semuanya telah ditulisNya.


Dia telah tetapkan perjalanan hidup kita, begitu juga hidup kami suami isteri.
Sedikit mukadimah dari admin baru iaitu Sang Suami pemilik blog ini. Selepas ini dan hari hari mendatang blog ini bakal dikelolai Sang Suami turut ditambah nilai oleh admin asal.
Perkara ini telah lama Sang Suami memendam rasa utk ambil alih, lantas di penghujung 2015 ini keberaniaannya diserlahkan. Hal ini kerana blog ini nyaris dimamah anai-anai juga telahpun bersawang. 

Follower yg ada harus dikekalkan. Lemparkan ilmu, curahkan idea bernas ke blog ini agar ia bermanfaat akan menghasilkan follower lagi. Setiap yg telah bermula pasti menempuh tahap konsisten yg kental utk dijadikan kekal sebelum berakhir. Untuk kekal konsisten itu adalah perkara yg sukar dan memerlukan mental yg tak mudah koyak. Sekali koyak maka kembali bersawanglah blog ini. Moga dgn kehadiran Sang Suami akan merancakkan lagi blog ini.