19 June 2013

Rak untuk Sabun Basuh Baju

Tetiba sekarang ni rasa macam nak cite pasal susun atur kat rumah je...suka tengok entry pasal susun atur dari blogger-blogger sekalian...tetiba sangat teruja (tetiba lagi...haishhh)...tapi rasa segan pun ada sebab rumah sewa je kan...heheh

Tapi aku pegang kata-kata husband aku...tak kesah la rumah sewa ke rumah sendiri ke...sama je...kita duduk gak...takkan nak duduk dalam keadaan yang bersepah dan tak teratur kan...heheh...rumah sewa pun pejam celik pejam celik dah 4 tahun gak kitorang tinggal kat rumah ni...kadang-kadang dah macam rumah sendiri plak kitorang buat...heheh...nasib baik lah tuan rumah ok :)

Buat permulaan ni aku cuma nak cerita rak untuk letak sabun basuh jela...yela nak buat bilik dobi rumah kecik...gunakan lah ruang yang ada sebaik mungkin...tapi aku memang teringin lah nak ada bilik dobi sendiri...senang kan...jom tengok contoh-contoh dobi omputeh yang aku cari kat pakcik google :)

Sumber : Pakcik Google

Sumber : Pakcik Google

Sumber : Pakcik Google

Sumber : Pakcik Google
Cantikkan semua gambar-gambar kat atas tu...geram rasa...kalau lah boleh dapat buat macam tu...rasa best sangat...hahahah...berangan je lebih aku ni...hehhe...ok kat bawah ni jela ruang dobi yang mampu kitorang buat...hahaha


Masa ni husband aku tengah ukur panjang and lebar untuk gantung rak letak sabun basuh...nasib baik dapat husband yang sama-sama suka mengemas...cuma biasa lah kan kadang-kadang citarasa tu lari sikit...hehhe..apa-apa pun TQ Abang :)


Macam nilah gayanya sebelum letak rak tu...sadis sungguh kan...ish ish ish...ruang sangat terhad...so memang susah la...setiap kali nak basuh baju kene alihkan sabun-sabun tu...letak kat bawah Aliff selalu main...so jalan penyelesaiannya memang kene gantung rak...huhuhuh


Tadaaaaaa...nilah hasilnya lepas letak rak tu...rak tu beli kat Tesco je tapi tak ingat berapa harga dia...sorry...so baru nampak ok sikit berbanding yang sebelum ni kan...heheh...nampak tak fridge magnet kat atas microwave tu??? hahaha tu lagi satu...al maklum lah aku nye peti ais kecik je setingkat jadi memang kalau letak fridge magnet kat situ memang senang lah Aliff capai...tu pun banyak yang magnet dia dah tertanggal sebab Aliff selalu amik buat main...so aku dah letak fridge magnet tu kat tempat lain...ok tu nanti aku cerita kat entry yang lain plak ye...hehhe

Daaaaaaaa :)


18 June 2013

Workstation Uyah

Aku seorang yang sangat suka kaler pink...sampai workstation aku pun kalau boleh nak transformkan jadi kaler pink semua...kat rumah nak buat home office masih tak menjadi so workstation kat opis la yang jadi mangsa :)


Ini lah workstation aku...lebih banyak kaler pink berbanding kaler lain kan...heheh...sepatutnya monitor and tempat keyboard tu tempat dia kat sudut yang tepi tu tapi aku alihkan kedua mereka ke tengah sebab sudut tepi tu aku buat tempat letak perhiasan yang kaler pink...mengadakan aku...huahaha


Almari kecil dua drawer aku letak antara meja dengan almari besi...tapi almari besi tak nampak plak...heheh so kat almari kecik tu aku susun semua fail yang ada :)

Ni dia bahagian perhiasan berkaler pink...tapi ade selit-selit gak la kaler lain..nampak tak bahagian belakang monitor yang berkaler pink...tu sebenarnye transparent boleh nampak orang lalu tapi aku tutup dengan kertas kaler pink...hahah asal boleh je kan aku ni :)

Ok tempat letak pen and pensil bukan kaler pink sebab mintak kat bahagian stationery opis...takkan lah diorang nak bagi kaler pink kan...hahaha...amik jela kaler ape yang ada...kehkehkeh



Aku susun fail camni...letak kat atas almari kecil berdrawer dua (ayat ntah apa-apa je kan)...sebab tak banyak sangat failkan hehe...kat belakang tu ada ruang sikit aku letak beg pam...so nampak macam kemas sikit la :)


Kat tepi almari kecik and fail tu adalah almari besi...so aku letak fridge magnet yang beli sendiri and kengkawan bagi kat situ...almari besi tu aku simpan pelbagai borang and ada lah satu laci tu aku simpam makanan...tu nanti bila ada masa free aku cite eh camne aku susun borang-borang kat dalam almari tu :)


Fail-fail ni aku labelkan...bila dah label senang lah nak cari...label siap kaler pink kan...kehkehkeh... opsssss satu fail terlupa plak nak buat label betul-betul...heheh sorry
Ni drawer saya...bahagian atas bukan main bersepah lagikan...main sumbat je selagi muat...ni lah bila time malas sumbat je...sakit mata memandang...hahah :p


Tadaaaaaaaa ni bila dah kemas and susun elok-elok...heheh ada perubahan tak?? kehkehkeh...kat drawer atas ni aku simpan buku-buku and diari yang tak pakai...kertas kecik-kecik untuk tulis nota pun letak sekali...senang kalau nak tulis amik je kat drawer ni :)

Ok ni bahagian bawah drawer...sepah kan...hahah...ni pun sama main sumbat je selagi boleh...orang malas kan...kikiki...ok ok kat bawah ni aku bagi step nak kemas drawer yang ni ek :)


First aku alas dulu drawer ni dengan kertas...kertas pink gitu...mesti orang meluat je ngan ko ni uyah...pink tak habis-habis....hahah ada aku kesah!!! hehhe...

Second aku letak bekas-bekas biskut yang biskut nye aku dah habis makan...hehhe...guna bekas biskut je uolls tak yah beli bekas yang mahal-mahal...heheh...aku ni memang sayang nak buang kotak-kotak atau bekas biskut yang camtu sebab fikir boleh pakai di masa akan datang...heheh
Ok siap!!! ni lah jadinya...ok tak kengkawan...hehe so senang sikit la lepas ni nak capai...bukak je drawer then amik benda yang aku nak guna...sebelum ni kene korek-korek gak la bila nak pakai...sekarang dah senang and cerah sikit pemandangan mata aku...huhuu
Before and after...kikiki

Ok sekian pertunjukan workstation uyah...hahahah...mesti ada yang tanyakan kenapa aku boleh hias semua workstation aku dengan kaler pink...takde 5s ke macam opis-opis yang lain...jawapan nye YE memang opis aku belum amalkan amalan 5s tu...so sebelum diorang nak buat, aku kemas and hias lah workstation aku ni ikut citarsa aku...huahahah...bila dah hias and kemas camni baru lah aku semangat sikit nak buat kerja...heheh semangat kerr?? tengok sama je...malas gak...kehkehkeh

Ok daaaa :)




12 June 2013

Contest baby ceria by http://barangbabymurah.blogspot.com

Hallluuuuuuuu 
1st time nak join contest...rasa berdebar-debar gitu...hahah
ni aku join contest dari blogger Urban Mommy Safiyyah..
contest : Baby Ceria
so sesiapa yang ada baby boleh lah join contest ni...
eh sesape yang takde baby pun bole join
boleh letak gambar anak sedara, anak kawan-kawan pun boleh
hehhe...
hadiah menarik jugak
jom join contest Baby Ceria :)


Berikut langkah-langkah nak join contest ni ye :)

1.contest terbuka kepada semua golongan masyarakat malaysia tanpa mengira kaum dan bangsa.

2. Semua lapisan umur boleh join.

3. Anda cuma perlu submit gambar baby anda dalam mood yang ceria. Tak kisah samaada baby tu anak sendiri,anak saudara, atau cucu.

4. Jika anda tiada blog,anda boleh submit gambar melalui facebook. 

5. Add facebook personal saya. (Ada di sidebar). Jangan add acc fan pages saya ye..

6.Create 1album khas dengan nama "contest baby ceria by barangbabymurah.blogspot.com"


7. Di dalam album tersebut,anda diwajibkan letak banner contest(refer gambar diatas).


8. Kemudian,anda upload gambar baby anda dalam mood yang ceria dan HARUS TAG FACEBOOK saya.


9. Description gambar haruslah letak point2 berikut :-
1. Jom membeli barang baby dengan harga borong minimum 1barang di blog http://barangbabymurah.blogspot com


10. Anda juga harus menulis hadiah yang anda nak jika anda dipilih sebagai pemenang.

List hadiah yang ditawarkan kepada anda jika anda menang(pilih salah satu sahaja).ANDA MESTI COPY PASTE SENARAI HADIAH YANG DITAWARKAN INI DI RUANGAN CAPTION GAMBAR BABY ANDA. KEMUDIAN BARU MENTION HADIAH YANG ANDA PILIH JIKA ANDA MENJADI PEMENANG.

1.rocker fishes price newborn to todder(biru).
2. Trunki bag (pink,merah,purple,kuning,biru)
3. Ergo carrier (hitam,pink,grey,hijau,biru)
4.toys storage(pooh,cars,princess)
5.playmat mothercare(pink, lion)
6.toilet train toddler
7.elc purple with hanging toys

Sila pilih salah satu. Jika anda dipilih sebagai pemenang,saya akan hadiahkan pilihan yang anda pilih di awal contest.


111. Jika anda nak join melalui entry blog,  anda harus letak title entry :: contest baby ceria by http://barangbabymurah.blogspot.com


12. Anda harus masukkan gambar banner contest.

13. Masukkan juga gambar anak anda dalam mood ceria.


14. Anda perlu menulis di bawah gambar tersebut :- " mari membeli barang baby dengan harga borong,minimum 1barang di blog http://barangbabymurah.blogspot.com"


15. Anda juga harus menulis hadiah yang anda nak jika anda dipilih sebagai pemenang.

List hadiah yang ditawarkan kepada anda jika anda menang(pilih salah satu sahaja).ANDA MESTI COPY PASTE SENARAI HADIAH YANG DITAWARKAN INI KE DALAM ENTRY YE. KEMUDIAN BARU MENTION HADIAH APA YANG ANDA NAK JIKA ANDA DIPILIH SEBAGAI PEMENANG.

1.rocker fishes price newborn to todder(biru).
2. Trunki bag (pink,merah,purple,kuning,biru)
3. Ergo carrier (hitam,pink,grey,hijau,biru)
4.toys storage(pooh,cars,princess)
5.playmat mothercare(pink, lion)
6.toilet train toddler
7.elc purple with hanging toys

Sila pilih salah satu. Jika anda dipilih sebagai pemenang,saya akan hadiahkan pilihan yang anda pilih di awal contest.


16. Submit kepada saya entry tersebut dengan meninggalkan link entry anda pada ruang komen.


17. Sama ada join melalui facebook atau blog,anda jangan lupa untuk letak nama penuh anda dan nama baby anda.


18. Hanya akan ada 2pemenang dan 8orang hadiah saguhati. Hanya pemenang PERTAMA yang akan dapat hadiah yang dipilih sendiri, pemenang KEDUA akan mendapat TRUNKI BAG. 8 orang saguhati akan menerima rompers ck 3in1.


19. Jika anda pasangan yang berkawen,anda dan suami boleh join secara berasingan.


19. Anda boleh ajak family anda untuk join, 1baby ada 6 7 gambar pun tetap saya terima,tapi haruslah berlainan owner blog dan berlainan owner facebook.


20. Gambar tak semestinya anak anda seorang..gambar anak anda dengan anda boleh. Dengan kawan2 dia boleh..tapi mesri makesure anak anda nampak ceria,nampak happy dalam gambar.(if dalam gambar ramai baby,tolong inform saya mana satu anak anda ye).

21. Contest terbuka kepada baby/toddler umur 6bulan hingga 5tahun.

Tarikh mula contest : 12 June 2013
Tarikh tutup contest : 7 Julai 2013

 "mari membeli barang baby dengan harga borong,minimum 1barang di blog 
http://barangbabymurah.blogspot.com"


Hadiah yang ditawarkan :

1.rocker fishes price newborn to todder(biru).
2. Trunki bag (pink,merah,purple,kuning,biru)
3. Ergo carrier (hitam,pink,grey,hijau,biru)
4.toys storage(pooh,cars,princess)
5.playmat mothercare(pink, lion)
6.toilet train toddler
7.elc purple with hanging toys

Jika terpilih sebagai pemenang saya ingin hadiah Ergo Carrier kaler hijau :)

Nama Ibu : Siti Nazura binti Mohd Salleh
Nama Baby : Muhammad Al Qausar bin Hazrul Affandy



Mudah-mudahan ada rezeki untuk Qausar :)
Aminnnnnn


11 June 2013

Aquaria KLCC

Ahad yang lepas bawak Aliff and Qausar jalan-jalan g Aquaria KLCC tengok ikan...bukan main excited lagi Aliff...Qausar of cos la tak tau kan...kecik lagi tak faham apa-apa...heheh...

Masa husband aku ajak g Aquaria ni adik ipar aku Adda ada sekali so dia pun nk follow tapi bila hari kejadian kitorang lalu umah adik aku tutup jek kitorang pun teruskan lah perjalanan...time tu hujan ok...sampai kat sana pun still hujan tapi kitorang main redah jela...tengok kat parking kereta takde la banyak kereta tapi bila masuk kat Aquaria tu boleh tahan ramai gak orang...huhu







































Fuhhhhhh banyakkan gambar...biar gambar jela bercerita...heheh...opssssssss maaf sesangat kualiti gambar kurang memuaskan sebab pakai kamera hanset jewwwwwww...nampak tak husband aku bawak beg...tu beg kamera tapi bawak je kamera tak guna kalau memory card takde kan...hahhaha memang hambar la...terpaksa pakai kamera hanset i yang tak seberapa ni...hukhukhuk :p

Actually saya sangat menggalakkan sesiapa yang ada anak untuk bawak mereka ke tempat ini...sangat berbaloi ok....Aliff 2,3 kali ulang alik kat terowong tu sebab nak tengok ikan...sangat terujaaaa...heheh...tapi anak-anak yang dah besar sikit la yang dah tau apa itu fish dan haiwan-haiwan lain...kalau baby memang diorang tak faham lagi kan...heheh

K daaaaaaaaaaa :)