27 December 2012

Majlis Doa Kesyukuran & Aqiqah Muhammad Al Qausar & Ahmad Amar Mikail

Hye peeps

Nak cerita pasal Majlis Aqiqah Qausar & Amar...Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar...orang pun ramai yang datang...tak sangka jugak lah...baba cakap 99% yang dijemput semua datang...Alhamdulillah...pastu adalah makcik-makcik yang komen yang makanan dari khemah sampai dalam rumah semuanya sedap...Alhamdulillah sekali lagi...cuaca pun Alhamdulillah ok...yela kan sekarang musim hujan jadi takut jugaklah masa majlis hujan tapi nasib baik cuaca baik-baik saja...kitorang lega sangat majlis dah selesai...kalau tak pening nak fikir...yela dah lama tangguh...baru sekarang ada kesempatan nak buat...yang penting banyak benda yang masa majlis, kitorang buat sendiri...macam mini pelamin, dessert table, tag goodie bag ngan label air semua kitorang buat sendiri...puas hati sebab dapat buat benda yang kitorang nak...tapi sedih gak sebab tak dapat nak bergambar berempat...yang lagi sedih gambar Aliff langsung takde...sian dia...tula padahnya tak amik photographer...ingatkan nazrin adik aku yang bongsu balik...boleh lah dia amik gambar tapi dia tak balik pulak sebab dah nak exam...huhuh sedih...takpe lah jom layan gambar yang ada :)
















































Majlis Doa Kesyukuran & Aqiqah Muhammad Al Qausar & Ahmad Amar Mikail
Tarikh : 23 Disember 2012
Tempat : Pekan Nanas, Pontian
Tema : Warna-warni :)


21 December 2012

Balik kampung yeayyyy!!!

Hallloooooo
Jap lagi nak balik kampung...yeayyyyy sukanya
Pastu cuti lama...amik cuti isnin so dapatlah duk kampung 4 hari...
Hari ahad ada kenduri Doa Kesyukuran & Aqiqah Qausar n Amar...
Sekarang tengah pening fikir nak pakai baju apa...heheh
Nak pakai baju raya tapi tak tau la muat ke tak...
Rasanya longgar kot sebab buat baju tu masa pregnant haritu...
Errrmmm TAWAKAL jela..
Nak beli pun dah tak sempat...
Lagipun kewangan tak mengizinkan...hohohoh
K la nanti aku update pasal Majlis tu nanti ek...
Daaaaa :)



20 December 2012

Bila anak-anak ke taska

Assalamualaikum...

Ayoyoyo lamanya tak hupdet belog...dah 3 minggu masuk kerja, baru la ni dapat nak update blog...cuti lama la katakan jadi bila masuk kerja ni, berlambak-lambak kerja nak kena siapkan...semua nak A.S.A.P lak tu...huhuhu layankan...

Dah 3 minggu masuk kerja makanya dah tiga minggu jugaklah aku hantar anak-anak aku Aliff and Qausar ke taska...sebelum masuk taska macam-macam aku fikir lagi-lagi la tentang Qausar sebab dia kan masa pantang sampailah habis pantang kuat menangis jadi aku takutlah masa kat taska nanti pun dia asyik nangis...tapi Alhamdulillah sangat-sangat selama tiga minggu hantar ni Qausar ok je...dah tak menangis sangat cuma menangis nak susu and tidur...tu standard la kan...heheh...Qausar yang aku risaukan tapi rupa-rupanya Aliff yang menangis...aduhaiii kesiannya tengok dia menangis bila pagi-pagi hantar dia g taska...pastu dia cakap "ibu nak alek ibu nak alek" nak meleleh airmata aku...sob sob sob

Sebelum ni hantar dia kat rumah pengasuh je...kat sana dia sorang jadi main pun sorang-sorang...jadi bila kat taska ni ramai budak dia tak biasa sangat...lagipun lama kan dia duduk dengan aku kat rumah...3 bulan tu jadi mesti dia dah biasa aku ada bila tak ada dia jadi lain...tapi bukan g taska je dia nangis kalau keluar pun sekarang kalau aku takde dia menangis...even ngan apak dia pun dia menangis...padahal dulu ok je g mana-mana dengan apak dia...sejak ada Qausar ni terlebih manja pulak dia ngan aku...maybe dia rasa aku tak pedulikan dia sangat tu yang dia nak perhatian...ermmm Aliff Aliff dah 3 minggu pun masih macam tu lagi...tak tau la sampai bila dia nak menangis bila hantar g taska...hope lama-lama ok la...sedih bila tengok dia pagi-pagi nangis...nak g kerja pun sebak je dada ni...huhu


IBU SAYANG ALIFF & QAUSAR :)