18 May 2012

Aliff setahun enam bulan

Wahhhh tak sangka dah besar dah anak aku sorang ni...dah setahun enam bulan...dah macam-macam dah dia boleh buat...panjat memanjat tu memang nombor satu lah...mulut pun sekarang semakin becok pot pet pot pet...aku selalu tersenyum sorang-sorang bila tengok dia membebel sorang-sorang...ntah apa lah yang dia cakapkan tu..ada satu malam tu aku nak tidur kan dia...dia peluk muka aku pastu bercakap macam cakap dengan aku and muka dia serius...tapi aku tak faham pun apa yang dia cakap...pastu aku tergelak and cakap kat dia "apalah yang aliff cakap ni, ibu tak faham lah"...hehhe...pastu dia peluk lagi muka aku and membebel lagi...hahah aliff oh aliff...sentiasa buat ibu happy jek...

Ok kalau dulu aliff ni tak suka sangat tengok tv...kalau bukak cite kartun pun die abaikan jek...tapi sekarang sikit-sikit dia dah mula minat dengan tv tapi sikit-sikit jela...paling dia suka kalau iklan yang ada budak kecik dengan ada muzik yang rancak mesti dia berhenti main and tengok iklan tu even tengah menyusu pun dia akan berhenti menyusu untuk tengok iklan tu...hehhe...antara iklan yang dia suka macam iklan oreo yang budak dengan ayah dia, downy yang ada budak cakap tu, lifebuoy yang budak asik lari-lari jek, magnum maybe sebab muzik dia and revive pun maybe sebab muzik dia yang rancak kot...heheh macam-macam kan aliff ni...aku sentiasa je rindu dia...sebab tu kalau boleh nak jek dengan dia...kalau boleh nak jaga dia sendiri...kalau boleh nak jek bawak g opis hari-hari...hahahh ok ok aku tau semua tu tak boleh...wekkk :)

Aku bersyukur sangat kerana dikurniakan anak yang bernama Al-Aliff...sebab dia seorang yang aku rasa tak banyak karenah dan tak banyak ragam, tak takut orang, peramah dan sentiasa buat aku happy jek bila layan kan dia...tapi kadang-kadang ada gak rasa geram tapi tu semua dapat ajar aku erti kesabaran...macam tulah agaknya mak layan aku masa kecik-kecik kan....hehhe

Ini dia budak yang dah setahun enam bulan tu :)


8 May 2012

Suami saya masuk hospital

Assalamualaikum...
Agak letih minggu ini...letih dari minggu lepas tak habis lagi...badan pun lemau jek...baru baik demam tapi selsema masih ada...rasa seperti tidak cukup rehat...minggu lepas en.suami masuk hospital...sebab nak operate lutut injured akibat penangan futsal...huhu....

En.suami operate kat hospital pusrawi, kl...jauh kan...tapi dah en.suami yang nak pergi sana layankan jela walaupun jauh...nama jek hospital swasta kena bayar beribu-ribukan tapi isteri tak boleh temankan untuk bermalam kat sana jadi terpaksa lah aku ulang alik dari kajang ke kl...dah lah jamed kan...nasib baik lah aku tinggal dekat dekat jek dengan adik beradik aku...diorang lah yang tolong hantar and amik aku dari hospital...Terima kasih Ya ALLAH kerana mengurniakan keluarga dan adik beradik yang sangat prihatin dan best...dan tidak berkira :)

suami termenung mengenangkan nasib...heheh

suka lah tu dapat makan makanan hospital :p

budak ini memang tak reti duduk diam masa kat hospital

macam-macam gaya...heheh

aku yang bosan duk main FB jek...huhuh

hahah comel la tu :)

budak yang sentiasa buat aku dan suami happy, geram, nak marah, nak gomol dan macam-macam lagi lah :)

akhirnya tertido kerana keletihan :)

P/s : Gambar ni semua diambil masa suami belum operate lagi...hari pertama masuk wad :p