15 November 2013

Sambutan hari jadi Aliff dan Qausar yang simple

Assalamualaikum...

Salam jumaat uolls...dah lama rasanya tak bercerita pasal Aliff dan Qausar kan...4/11/2013 hari tu genap umur Aliff 3 tahun...Qausar masa tu pun dah 1 tahun 2 bulan...masa birthday Qausar hari tu tak dapat nak sambut sebab tengah sibuk ada majlis kawin adik ipar...jadi aku and suami just wish je kat Qausar...huhhuh

So masa birthday Aliff tu kebetulan kitorang cuti (memang plan nak sambut birthday Aliff dan Qausar malam)...tapi bukan amik cuti semata-mata birthday Aliff tau sebab memula pengasuh ingat ahad tu Deepavali so isnin cuti...kitorang dah cakap dah yang Deepavali sabtu tapi dia cakap sebab cawangan dia kat Kedah cuti so diorang pun kene cuti...jadi terpaksa lah aku and suami amik cuti...tup tup hari jumaat tu dia cakap isnin tu tak jadi cuti sebab ramai ibubapa yang kerja...huhuhuh sabar je la kan...memula aku berbelah bagi gak nak cuti ke tak sebab cuti bukan banyak sangat pun...pastu aku amik keputusan cuti je lah sebab ada customer order shaklee...nak call shaklee tu agak adventure gak jadi aku ajak suami g hq shaklee kat subang hari isnin tu...pastu malam tu plan ngan adik-beradik aku buat bbq kat rumah sebab mak aku bagi banyak daging masa raya haji hari tu so sambut lah birthday Aliff dan Qausar sekali...tapi ringkas je lah :)

Aliff excited dapat potong kek...sebelum ni masa dia setahun pun ada buat jugak tapi masa tu dia tak faham apa pun kan...so bila dah 3 tahun ni dia dah faham sikit-sikit...suka bila kitorang nyanyikan lagu happy birthday untuk dia dah Qausar :)

Cousin-cousin dia pun tolong potongkan kek ekali...Qausar tu comel je...dia pun tak faham apa kan...layan je apa yang ibu and apak dia buat

Nampak lah muka happy mereka...walaupun tak besar-besaran...tapi ok lah kan
Yang lain-lain tu apak tolong potongkan...kalau bagi Aliff yang potong nanti lain jadinya...Abang Irfan, Kakak Aina and Insyirah sabar menanti....heheheh


Kek ni aku buat sendiri...memula tu memang tak confident lah nak buat...aku ni bukan pandai pun nak baking-baking ni...tapi suami aku yang suruh buat...dia memang suka bagi semangat...lagi satu dia suka kalau buat sesuatu majlis tu ada hasil dari air tangan aku...kalau semua nak beli and orang buat macam takde apa yang istimewa...heheheh :p

Ok boleh la...Alhamdulillah semua yang makan cakap ok...takut oiii kalau tak jadi...heheh...aku tak ada oven jadi buat benda yang boleh kukus or yang tak gunakan oven...hurmmmm macam nak masuk dalam wishlist je oven nih :)

Pantang Qausar nampak makanan...memang excited lah dia masa ni...semua jajan tu dia nak makan...tapi banyak bagi kek je la..

Adik-beradik je yang memeriahkan majlis...nasib baik lah rumah dekat-dekat je...buat pun ringkas-ringkas je...dah makan kek baru makan nasi...huhuhuh

Ni abang aku...dia seorang je lah abang aku...dulu masa kecik-kecik selalu gaduh ngan dia...sekarang ni kitorang dah rapat...nampak garang and susah senyum tapi hati baik...heheh :p

Tu je lah cite sambutan birthday Aliff dan Qausar...InshaAllah tahun depan ibu and apak cuba sambut dengan lebih baik lagi...


Untuk Aliff dan Qausar "Semoga membesar menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat, ibu dan apak sentiasa doakan yang terbaik untuk kamu berdua...Aminnn"


Daaaaaaaaaa :)

2 comments:

  1. Happy bedayyy Aliffff !! Happy Bedayy kausallll !! =)

    ReplyDelete
  2. hahaha...kausal tak tahan...mekasih aunty sel!!!!!

    ReplyDelete