7 March 2013

Qausar 6 Bulan

Semalam 6/3/2013 genap Qausar 6 bulan...yeayyy Qausar dah semakin besar dan dah boleh makan...tapi yang tak bestnya bila nak beralih bulan je Qausar tak sehat...kelmarin dia demam...kalau setakat demam je boleh layan lagi la...ni dengan pakej batuk and selsema...sian anak ibu ni...lemah je dia...itu satu, yang paling tak bestnye ada bunyi kat paru-paru dia so aritu gak aku g klinik untuk check Qausar...bila doktor check dia cakap kahak Qausar dah masuk dalam paru-paru...adehhh tak sukanye dengar...so aritu cakap kat doktor tak yah bagi ubat dah...aku laki bini suh je doktor tu bagi gas kat Qausar...dah lama dah kitorang decide nak suh doktor bagi gas sebab kata orang kalau bagi gas insyaAllah kahak tu hilang tapi bila g klinik or hospital jek doktor tak bagi...siap dah masuk kat hospital pontian pun doktor tu cakap sikit je so dia tak bagi gas...huhuh...la ni dah banyak kene lah gak bagi gas...bila dah bagi gas aritu setakat ni alhamdulillah kurang dah la bunyi kahak Qausar tu...Alhamdulillah

Semalam amik dia kat Taska teacher pun kata ok...tapi yang kelakarnya dia pandai tu tak nak makan ubat...bila tengah duduk-duduk tengok tv dia diam je pastu tetiba bila nampak aku or suami bawak ubat terus dia merengek nangis...huhuhu...pastu bila bagi makan ubat pandai plak dia alih-alih kan muka dia ke kiri ke kanan...alahaiiii Qausar qausar tak suka makan ubat macam ibu!!!! hahahha ;)

Ok selain pandai tak nak makan ubat, Qausar pun dah pandai pusing 360 darjah bila meniarap ,pandai dah angkat punggung macam nak ke depan...dah bole golek-golek meniarap-baring...dah pandai nak main ngan abg dia Aliff...ok malam tadi tengah diorang main berdua, qausar boleh tarik rambut Aliff...hahaha...ape lagi menjerit la si Aliff tu...kikiki comel jek diorang berdua...tak sabar nak tunggu diorang membesar lagi...masa tu mesti diorang bergusti plak...hehehe

Doktor bagi gas kt Qausar

Macam ni lah Qausar setiap kali makan ubat...hehehe

Alololo sian anak ibu
K daaaa


1 comment:

  1. sejibik mcm ibu dia..xsyuke makan or minum ubat.hahaaa..kan da menurun. :)

    ReplyDelete