i) Aliff dah pandai mengesot (mengesot bukan main laju lagi kan macam askar)
ii) Dah tumbuh 4 batang gigi (suka gigit ibu dia dan gigitan dia amatlah sakit okey!!)
iii) Dah pandai tepuk tangan tau (kalau nyanyi lagu tepuk amai-amai dia pun tepuk tangan juga)
iv) Dah panadai menyanyi juga (cuba kita nyanyi atau bagi dia dengar radio mesti dia pun sibuk
nyanyi gak walaupun kita tak faham apa yang dia nyanyikan hahah)
v) Dah pandai mengamuk kalau tak dapat barang yang dia nak!!! (hahaha ni yang tak boleh tahan ni
sebab dah pandai dah kalau benda dia nak tak dapat dia mengamuk dan menangis. siap
makcik pengasuh pun cakap benda yang sama huhu)
Ini je yang setakat ni aku nampak la. dan yang penting harini juga dah 9 bulan aku bagi fully breastfeeding kat Aliff. Alhamdulillah aku harap aku dapat bagi Aliff fully breastfeeding sampai umur dia 2 tahun. InsyaAllah. cuma bulan puasa ni susu aku agak sedikit. sebenarnya frust ni tapi takpe aku tabahkan hati. kena usaha lebih sikit. chaiyok chaiyok uyah!! :) semua untuk ALIFF!!
Ok kat bawah ni ada sikit gambar Aliff pakai baju melayu. hehe comel sangat dengan keletah dia lagi. rasa sejuk jek tengok dia :). gambar ni amik saja-saja jek. sebab dah lama makcik aku bagi Aliff baju melayu tu untuk cucu-cucu lelakinya. haritu baru dapat pakai tu yang amik gambar Aliff. macam-macam gaya ada. hehe :)
Fa Amat dia pegang. bukan main suka lagi :) |
Termenung jap :) |
Nak buat gaya apa ek. hehe :) |
Tangan Cik Adda di situ :p |
Dah rimas nak tanggalkan songkok dia |
Eleh geram jek tengok tau :) |
Pandai bergaya juga |
Ecececeh |
Ada macam tuan D.O tak hahah :) |
Smile :) |
Tengok sapa la tu Aliff ni |
Geram tak tengok gambar-gambar ni???? hahaha. takpe-takpe kalau korang tak geram biar aku jek yang geram ngan anak aku sendiri. huahahahaha. daaaaaaaa
No comments:
Post a Comment