24 June 2014

Dress Labuh - Manis Dan Anggun

Orang Malaysia sangat terkenal dengan budaya yang penuh beradap. Malah kita sangat dihormati dengan budi bicara yang penuh sopan dan santunnya sentiasa terjaga baik daripada segi cara membawa diri sehinggalah ke adab percakapan. Selain daripada itu kita juga sangat dikenali kerana pakaian tradisional yang begitu indah buatannya seperti beberapa jenis baju kurung seperti Baju Kurung Pahang dan Baju Kurung Kedah. Terdapat juga beberapa jenis traditional wear lain yang begitu dekat dengan budaya kita seperti baju kebaya, baju kurung peplum, jubah dan lain-lain.

Jika sebelum ini kita lihat pakaian tradisional wanita mendominasi pasaran fesyen di Malaysia namun kini kehadiran beberapa jenis pakaian ini yang telah diberi sentuhan moden telah mula mendapat tempat dalam kalangan para pencinta fesyen Malaysia.



Perkembangan trend fesyen Muslimah telah memperlihatkan kemunculan dress Muslimah dengan rekaan serba moden dan baharu. Perkembangan yang cukup positif ini telah memberikan lebih banyak pilihan buat para pembeli dalam memilih baju Muslimah yang mereka mahukan. Hijabista semakin bijak dalam memilih gaya yang sesuai untuk diri mereka, ini dapat dilihat dengan sentuhan kreatif tersendiri yang diberikan oleh mereka ke atas pakaian tradisional biasa untuk disesuaikan dengan trend fesyen terkini. Malah mereka juga telah berjaya menyesuaikan diri dengan arus fesyen semasa apabila mampu bergaya moden dengan cara tersendiri.

Sebagai contoh dress labuh atau turut dikenali sebagai maxi dress adalah antara pakaian Muslimah moden yang semakin popular dalam kalangan mereka yang berhijab. Pilihan yang pelbagai daripada segi rekaan, corak, warna dan size telah memberikan peluang buat mereka untuk memiliki dress labuh Muslimah yang sesuai dengan cita rasa mereka.


Jika kamu,kamu,kamu semua gemar memakai dress labuh apa kata cari dress pilihan kamu semua secara online. Kini terdapat banyak website online shopping Malaysia yang menawarkan pelbagai koleksi baju Muslimah untuk wanita.


Antara website tersebut adalah destinasi fesyen online terkini iaitu Zalora Malaysia. Mereka mempunyai koleksi dress labuh yang cukup meluas daripada barisan jenama-jenama terkenal antarabangsa dan tempatan. Jangan risau tentang harga kerana antara kelebihan shopping online di Zalora adalah mendapat diskaun hebat. Inilah masanya untuk kita beli dress labuh murah dengan harga yang cukup berpatutan daripada tawaran hebat. Layari website diorang hari ini juga untuk dapatkan informasi terkini koleksi baju raya 2014!

Jommm apa lagi...kang lambat habis...heheh :)


Daaaaaaa




No comments:

Post a Comment