Assalamualaikum...
Dua minggu lepas adik aku konvo dekat UPM. Dia konvo hari ahad sesi petang. Jadi family aku datang kl hari jumaat malam. Tapi tidur dekat rumah abang aku kat Nilai. Aku anak-beranak pun tidur rumah abang aku gak sebab en.suami balik kampung. Nak pergi stadium tengok bola melaka lawan katanya. Huhuhu
So seperti biasa kalau parents aku datang rumah anak-anak jaranglah duduk rumah. Ada jela nak pergi mana-mana. Kadang-kadang bukan kitorang anak-anak ni yang ajak berjalan, tapi mereka yang ada je tempat nak pergi. Heheheh. Ohhh tidur nilai ni pun sebab ada benda nak beli dekat Nilai 3.
Jadi sabtu tu, pagi tak pagi sangatlah kitorang keluar pergi Nilai 3. Tapi sebelum tu singgah Mr.DIY dulu. Hahah. Dah lepas pergi Mr. DIY baru pergi Nilai 3. Oh ye masa ni abang aku pun tak ada sebab dia kana jaga orang konvo dekat UPM. Nasib baik lah ada adik aku, dia lah jadi driver bawak aku anak-beranak dan akak ipar aku anak-beranak. Baba and mak aku plak naik kereta lain dengan makcik-makcik aku a.k.a passenger tetap baba aku kalau datang KL. Heeeee
Sampai je kat Nilai 3 terus pergi kedai karpet. Kedai karpet ni pun memang kedai yang selalu diorang pergi. Alkisahnya pergi Nilai 3 sebab orang kg. kirim beli karpet sama dengan mak and makcik-makcik aku. Orang kg. mak aku ni kalau satu rumah ada benda baru, mesti orang lain akan beli jugak. Tapi tak semua lah. Hahahah. Kalau nak jual benda apa pun kat kg mak aku, memang untung sangat sebab sorang beli semua akan terjebak. Kehkehkeh.
Lama jugak kat kedai karpet ni. Tau-tau lah orang perempuan kalau beli barangkan. Itu tak kena lah, tak lawa lah. Hahahah. Macam-macam. Tapi yang penting mak and makcik-makcik aku kalau bab tawar-menawar memang terer, siap kitorang dapat alas kaki percuma lagi. Aku yang tak beli apa-apa pun dapat. Hahahah
Lepas dah settle semua beli karpet, kitorang terus pergi Kajang makan. Jauh kau pergi makan kat Kajang padahal semua orang dah kebulur. Hehehe. Pergi makan kat restoren nasi arab lah, apa lagi. Masuk kali ni dah tiga kali aku pergi makan situ. Sampai Aliff cakap asik makan sini je. Hahahha. Nasib la nak oiii. Kali ni baba aku pulak yang belanja. Duit kami tak laku. Heeee
Dah habis makan, semua pun dah kenyang, kitorang pergi pulak dekat Bangi Gateway sebab sepupu aku ada tunggu kat sana nak amik makcik-makcik aku. Sampai je kat Bangi Gateway, kitorang pergi surau dulu sebab belum solat zuhur. Aku memang tak pernah sampai surau Bangi Gateway ni. Rupanya banyak lagi kedai and siap ada tempat mainan budak-budak. Memang rambang mata lah budak-budak ni nak main. Heeee
Tengok tu bukan budak-budak ja excited, mak and makcik aku pun boleh tahan. Hahahah. Siap main ala-ala bola jaring lagi. Masa aku dah habis solat, sepupu aku dah ada dekat tempat mainan budak-budak tu. Pastu abang rizal belanja budak-budak ni yang main kaler-kaler pakai pasir. Apa lagi bukan main excited lah diorang, lagi-lagi si Qausar tu. Heheheh
Masa ni tengah tunggu sepupu, mak and makcik-makcik aku tetiba hilang. Hahaha. Mana ntah diorang pergi masa ni. Pergi cari tudung lah tu. Diorang pakai tudng mahei ok. Tak mampu aku. Ahkak pakai tudung spoloh hengget ja. Hahahaha
Bila dah jumpa diorang, transfer barang dari kereta baba aku ke kereta sepupu aku, kitorang pun balik. Kali ni balik rumah aku pulak sebab esoknya nak ke konvo adik aku senang sikit. Dekat. Heheheh :)
Ok lah tu aje. Daaaaaaa :)